AnaK BuAH aKU giAN nAk MENaRI...!!!




Ini adalah beberapa aksi yang sempat aku tangkap di dapur, anak2 buah aku menari tarian zapin... tah ape2 tah diorang menari sampai aku aku berguling2 sebab tak tahan tengok diorang menari...



KuRsuS kAHwiN.


Hahaahahhaha...... aku telah menghadiri kursus kahwin baru2 ni di tempat di rahsiakan.. hahaha macam polis pulak.!!Sijil ini membuktikan aku telah menjalani kursus yang diperlukan sebelum berkahwin.......



AwAN daNIA... Syok GIla!!


Awan Dania... sapa yang x tengok cerita ni memang rugi gila kerana cerita ini memang sempoi gila dengan teletah Dania lakonan scha al-Yahya yang selambar dan tidak hipokrit.. hahahaha...!!.Aku drama melayu ni kurang minat tetapi bila awan dania disiarkan dekat astro ria.. tepat pukul 9.00 malam hari isnin, aku mesti terpacak kat depan tv sebab nak tengok scha punya pasal dengan teletah yang sempoi..... tengok jer cerita Awan dania tu terus jatuh cinta Scha al-yahya... Ni sapa yang tak pernah tengok cerita ni, aku sediakan sinopsis cerita awan dania ni.... Bagi peminat Cerita awan dania teruskan support cerita awan dania ini walaupun ada sesetengah mengatakan cerita ini meniru cerita drama jepun iaitu Attention please..lakonan Ueto aya...!!!

Drama ini berkisar kepada perjalanan hidup Dania (Scha al-Yahya) yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal bagi seorang gadis lasak sepertinya. Dania gadis lasak dan cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi.

Dia sering memikirkan mengenai masa depannya dan cemburu apabila melihat orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Perkara itu berlarutan sehingga beliau terdetik menjadi pramugari. Impiannya itu menjadi bahan ketawa abang-abangnya yang tidak pernah memberi semangat malah memperkecilkan keinginan Dania yang ingin bekerja di langit biru.

Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih dan dikehendaki mendaftarkan diri di akademi latihan. Perwatakan Dania yang lebih agresif dan lasak membezakannya dengan rakan lain yang ingin menjadi pramugari dengan tujuan berbeza. Di sinilah bermulanya kisah Dania mengharungi suka duka dalam kerjaya dan persahabatan yang baru dibina. Bukan itu saja, jurulatih yang membimbing Dania di akademi latihan juga sering bersikap tegas terutamanya kepada Dania yang tidak menonjolkan sifat kesopanan dan kelembutan seorang wanita.

JoM bErmaIn DI trAVIan.com.mY.


Aku nak perkenalkan permainan online yang nak dikatakan baru bagi sesetengah orang tetapi benda ni dah bertapak permainan online kalau x silap aku tahun lepas rasanya...Aku baru nak dikatakan baru memulakan permainan ni dan dikatakan mirip beberapa permainan online free yang lain cuma permainan ini dicipta oleh orang malaysia....Permainan travian ni boleh menyerang kampung orang lain dan merompak hasil2 tanaman kampung lain. Aku dah 5 kali kena rompak sebab askar aku x  cukup nak halang askar kampung yan serang aku tu.... seronok betul game online ni... mahu info lebih lanjut pergi ke www.travian.com.my dan alami keseronokan game online ni... selamat berjaya.!!! 

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme