EDisI laWAk x aBiS2 (BaHayA kAhWin DEngAN OrANg It ) HuHuhUHuhUHu!!


Kawan Kawan, Sebelum korang memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" korang perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum korang menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

p/s : klu mcm ni, alamak aku x kahwin la mcm ni...aku kan orang It..lalalala




Di SeBALik CerMIN KeretA fAKta @ MiToS???

Adakah ini fakta @ mitos semata? Sendiri rasa, sendiri fikir….

Fakta@Mitos Satu : Tengah sedap-sedap relaks bawa kereta tiba-tiba tengok cermin sisi atau cermin pandang belakang, hati rasa sakit walaupun sikit-sikit takut sebab trailer (long vehicle) ada dalam cermin. Lagi-lagi kalau dibuntuti secara rapat. Bila malam lagi sakit hati sebab cahaya lampu yang terlalu terang dari kenderaan tersebut. Nak slow tak mungkin, nak laju sangat lagi mustahil.

Fakta@Mitos Dua : Tengah pandu laju tiba-tiba tengok cermin sisi atau cermin pandang belakang nampak ada kereta putih (lebih-lebih lagi Waja). Cepat-cepat tukar cara pemanduan, kononnya berhemah. Seat belt (tali pinggang keselamatan) cepat-cepat sangkutkan. Tengok-tengok Waja tu cilok (overtake / menyalip) baik punya.
Fuuuhhh! Ingat kereta Polis / Polisi tadi….
Tengok-tengok rupanya Tok Imam pakai kopiah :-)

Atau anda pernah nAMpak macam ni??

Fakta@Mitos Tiga : Tengah pandu di lorong laju, tengok cermin pandang belakang tiba-tiba orang belakang high beam (isyarat lampu tinggi) nak memotong. Dah laju ni…110KMJ (max speed), dengan berat hati tekan minyak lagi cari ruang masuk kiri bagi laluan…nasib baik kereta mewah (BMW / Merc), takpe la bagi laluan nak kejar pun tak mungkin. Tapi kena yang memotong itu kereta mini? (menyirap juga rasanya) menyesal bagi laluan… hahahah :-D

Fakta@Mitos Empat : Tengah memandu, tengok cermin pandang belakang kenderaan lain tak sabar nak memotong. Kita pun bagi la laluan. Punya laju dia pandu sampai bunyi pun tertinggal. Tiba di persimpangan lampu isyarat nampak kenderaan tadi. Rasa nak jelir lidah je kan…beriya-iya laju tadi, kita pandu slow pun sampai juga tempat yang sama pada waktu yang hampir sama. Nak gelakkan kuat-kuat pun ada rasanya….Hahahahah :-D

Fakta@Mitos Lima : Bila pandu seorang diri tengah malam, tengok cermin pandang belakang pun ragu-ragu padahal muka sendiri dalam tu. Selalu ke kalian macam ini? hehehe :-D

Yang lain-lain korang tambahkan lagi untuk lebih Fakta@Mitos…






InStUN DAn Buah ManGGis (2 Dalam 1 Ini CeLItA)

Salam blogger semua...!!! lama jugak aku x update blog ni semenjak aku balik berkursus di istun, perak.Ni aku nak cita pasal instun dan buah manggis (2 dalam 1 cita)...hahahhaa.., jgn main2... ni klu buat filem ni, mesti x laku ...!!! hhahahahaha..... ape yang aku merepek daaaaaa... berbalik pada cita kursus aku di instun ni, aku didedahkan sistem yg akan masuk di n9 iaitu sistem e-tanah... Sistem ni gabungan dari sistem pembayaran cukai dan sistem pendaftaran tanah berkomputer atau dikenali dengan SPTB. Sepatutnya aku x terlibat dengan e-tanah tapi memandangkan sistem e-tanah ni menggunakan web application dan semua client iaitu pembayar cukai menggunakan sistem ni dimana sahaja mereka berada, orang teknikal iaitu orang IT menjadi first support untuk melancarkan lagi sistem ni.....!! kursus yg aku amik ni modul teknikal dan pengurusan sistem (sokongan teknikal dan sekuriti sesi 2,sesi 1 aku dah pergi bulan 3 hari tu). Bila aku tengok sistem ni, aku dah dapat bayangkan banyak la kerja aku lepas ni.. Mana x nya, line internet sekarang yg aku guna ni, dia x akan lalu sebab e-tanah ni menggunakan line internet dia sendiri dengan server di letak di PTG.Klu dah guna 2 line internet ni, maksudnya aku kena ade 2 pc... 1 di pentadbiran dan 1 lagi di unit tanah... turun naik tangga la aku ni.... mau naik kurus aku lepas ni...huhuhuhuhuhu.... 1 minggu aku disana macam x nak balik rasanya sebab lepas aku balik, kerja2 telah menanti aku untuk disiapkan... Ni aku baru separuh siapkan borang penyelenggaraan komputer disetiap pc.. banyak la kerja aku ni.....

Ini diantara gambar aku tengah khusyuk memberi perhatian tentang e-tanah



Haaaaaaa.... ni aku nak cita pulak pasal buah manggis, lepas je aku balik kursus kat instun.,,, ape lagi kenduri buah manggis la pulak..Kebetulan kakak aku balik kampung hari tu, kitaorang adik beradik bertungkus lumus mengambil buah manggis ni secara beramai-ramai.... banyak jugak kitaorang amik buah manggis ni... klu jual kat shah alam ni, mesti laku punya... hahahhhaha.. mata duitan betul aku ni......Ini diantara gambar yg saja ditangkap untuk bahan bukti yg aku pegi amik buah manggis... sila jangan terliur apabila ternampak buah manggis ni... klu sapa nak aku jual 3 singgit bak kata mail dlm cita upin dan ipin.....






BeRJalAn -JaLAn Di TanJUNG mAlim BerSEMpENa nGAn kURsus dI inSTun..

Salam BlOGGER..!! aKU sekarang ni berkursu kat instun selama seminggu... Mcm biasa la, x kan nak duduk goyang kat bilik jer mesti nak jalan2.... Aku dengan bosan mengajak member aku keluar berjalan2 kat tanjung malim... Yerla bukan selalu dapat gi kursus di instun.. Klu bukan kursus e-Tanah duduk opis la aku.... Ni Di antara gambar2 candid yg sempat aku amik masa jalan2 kat tanjung malim.....

pemandangan sekitar pekan tanjung malim


ko tengok ape tu shahrul..???

bergambar sebelum bersiar kat pekan..

tah ape2 tah....


ni gambo ko sahak... bagi terkenal sikit ko ni...


thankz...!!! dIarY kERudUNG uNGu..!!




First sekali aku nak ucapkan terima kasih pada cik diari kerudung ungu atau lebih dikenali sebagai Cik liza kerana telah memberi hadiah award kepada aku..... Aku mintak maaf banyak2 sebab x sempat nak letak award kat n3 aku sebab aku sekarang sibuk berkhusus di instun selama seminggu....!!!. Patut la hang sibuk sangat ckp ngan aku mcm mana nak buat award yer....!!! bagus2..!!!..

Mcm kenal jer mamat sebelah tu??? huhuhuh...

SemPenA pERsiaPAn Majlis KahwIN ......(JgN X pERcAYa)



Semua mesti terkejut terutama sekali rakan2 rapat ku yg membaca n3 aku ni yg tengah buat persiapan kahwin. Mesti lah terkejut sebab aku x hantar kad kahwin tiba2 dah nak kahwin...huhuhuhuh...!!!. Ini sebenarnya gimik aku nak memeranjatkan diorang yg sangkakan aku akan berkahwin x lama lagi..!!!... Aku lambat lagi nak kahwin sebab aku tengah nak tumpu dengan kerjaya aku..(ceh... ayat mcm hampeh jer..!!). Lagi pun aku tengah kumpul duit dulu, yelah x kan nak kahwin nak guna daun kot..!! klu guna daun dah lama dah aku kahwin, sekarang jugak aku kahwin dengan buah hati aku sorang tu...lalalalala...Berbalik pada n3 aku ni, ini adalah persiapan khatam al-quran anak buah aku si eliza ni yg akan diadakan pada bulan 10..... Tu yg nampak mcm hantaran .. tapi sebenarnya benda tu bagi kat orang berzanji nanti... Grant betul majlis anak buah aku ni.... mcm kahwin pulak dia ni.... Klu aku x tahu la mcm mana diorang nak buat.. Kakak aku ckp klu aku kahwin diorang nak buat hantaran aku bertemakan sarang burung..!! aku pun x tahu la mcm mana la kakak aku boleh dapat idea nak buat sarang burung tu... pening kepala aku.....!!! aku x kisah diorang nak buat sarang burung ker, sarang ular ker, sarang dinosour sekali pun aku x kisah.., janji kakak aku sponsor...hahahhahahaahah!!! lalala..











JOm KendUri DuRIaN.. ( hiNggA mENjilAT kAKi)



hahhaa... lama aku x update blog ni, semenjak aku sibuk ngan projek website gemas ni x sempat aku nak update... Dan bagi member aku 1 opis lak, semenjak akhir2 ni aku jarang lepak kat kaunter sebab tengah bz tumpu website yg dijangka pertengahan bulan 10 siap la website baru ni...hhuhuhuhuhu... Berbalik kepada tajuk diatas, aku sebenarnya nak cita pasal kenduri durian kat umah aku.... Abis semua family aku beriya-iya mengopek durian berpuluh-puluh bijik. Durian ni aku tibai kat umah nenek aku....Dia suruh amik, ape lagi amik la semua sekali...ahhahahahahaha,,..!!!!. Aku ni x de la minat sangat durian, setakat 2 -3 bjik tu boleh la... sebab aku x tahan panas... tapi klu family aku, memang hantu durian termasuk la anak buah aku., beriya-iya beliau makan.... bagi sesiapa yg terliur nak makan durian, aku boleh jamu korang dengan gambar ni saja yer!!! huhuhuhu..lalalala..







FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya ) PeniNG kEPaLA aKU.!!



* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

P/S: lain kali jgn ckp perkara bodoh mcm ni... klu x, ni la aku jawap nanti..!! ade paham...




TensION PaSal JOOMla



Sudah lama aku x update blog ni, ADalah dalam 1minggu kot???. Aku sekarang tengah tension sebab aku tengah bangunkan laman web baru untuk opis aku.... Aku sekarang ni tengah nak transfer data2 websie lama ke website baru... Adalah dalam 35% peratus siap..., mana x nya lambat, 1 minggu nak cari templates yg sesuai untuk website yg mempunyai ciri yg dikehendaki oleh mampu seperti font resizer, w3c (untuk orang cacat), site map dan mcm2 lagi... Aku pakai joomla, sebab sebelum ni aku guna perisian mambo (adik beradik kepada joomla). Macam mambo , dia x boleh masuk compenent joomla tu yg susah tu aku nak tambah ciri2 yg pihak mampu nak.Penat betul rasanya mengadap website hari2... Sakit mata tumpu website ni lama2... macam kepala nak meletup je...!!!. Ni aku amik masa sikit nak update blog ni, lepas ni aku menghadap balik pada website pulak.. aku jangka website ni siap dalam 3 bulan lagi... Klu dah siap, aku nak ambil cuti jalan2 1 malaysia....hahahahahhah!!!


Ini sebahagian laman web gemas yg aku bangunkan - x siap lagi la...




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme