kENaPa LAH BtN pUn NAk DIjADiKAn iSu???

Salam sEmua.... kali ni aku nak luahkan sedikit kekecewaan aku pasal kErajaan pakatan Rakyat mempolitikkan isu "BTN" dan mengharamkan semua kakitangan kerajaan negeri dan Ipt milik kerajaan negeri daripada menyertai BTN. Aku pun x paham kenapa kerajaan pakatan rakyat mengharamkan btn padahal BTN ni adalah kursus yang menyemaikan sikap patriotik pada diri kita dan semangat kemerdekaan. Aku salah seorang peserta kursus BTN x nampak pun isu politik disitu??? ( klik disini pengalaman aku semasa di BTN) Walaupun aku mengakui ada isu sensitif di utarakan seperti isu ketidakpuasan diantara kaum, tap dengan cara itu juga kita dapat memperbaiki perhubungan dan mencari punca permasalahan keretakan diantara kaum. Aku x nampak BTN ni lebih mempromosikan dan menyokong BN.Aku rasa patut mereka yg cuba membuat isu pasal BTN sila la pergi menyertai kursus BTN dan cuba rasai pengalaman berkursus disana.. kita akan dapat memahami apa itu kemerdekaan dan menghargai negara yg tercinta ini.



MB : Program Alternatif Ganti BTN (petikan dari tv selangor)


Kerajaan Selangor akan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara yang diharamkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Bercakap kepada wartawan di majlis sambutan ulangtahun Malaysiakini malam semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usul ini dicadangkan oleh kesemua negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.

Sehubungan itu, Tan Sri Khalid mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.

"Ini idea paling baik daripada Selangor ,kerana program BTN sebelum ini tidak menunjukkan pelajar supaya berfikiran terbuka sebaliknya pelatih mengajar perkara yang tidak sepatutnya diajar kepada pelajar,"jelasnya.

Langkah melindungi minda anak bumi Selangor dari dakyah perkauman sempit bagaimanapun mengundang reaksi keras dari kerajaan Pusat. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ajaran BTN adalah selari dengan konsep 1 Malaysia.

Tan Sri Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menolak dakyah yang mengajak pengikut kepada membenci manusia lain.

p/s: Aku nak tengok berjaya ke x???



SeLamAT hAri RayA AidILAdHa Dari KamiKAZe



Disini aku ingin mengucapkan kepada reader2 aku yg beragama islam "selamat hari raya aidiladha"... semoga kita dapat keberkatan daripada allah s.w.t...

Makna "takbir" dan "korban Aidil Adha" (petikan diambil dari ustaz Zainudin Hashim)

Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya.

Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya.

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :

1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.

2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.

3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.

4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.

5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.

6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.

7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.

8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada’ dan qadar Allah.

9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.

10- Takut kepada azab api neraka.

11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.

12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.

13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.

14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.

15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.

16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.

Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.

Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.

Takwa juga menurut sebahagian ulama’ ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

p/s :renung2 kan lah ....

pAsanG sKIrT KeTA kEbAL (LMTS) AKu..

Salam semua.... rAsanya dah lama aku x jenguk blog ni!!! mana x nya, semenjak-menjak ni aku makin malas nak update blog berikutan kesibukan ngan kerja dan benda lain sampai aku lupe lak password blog ni.... apa la aku ni..!!!. nak kata cita x de, mustahil.!! sebab banyak aktiviti yg aku buat tapi x letak kat dalam blog ni... bukannya aper, aku x e idea nak taip panjang2 tentang cita sepanjang aktiviti yg aku buat ni... kan takut x ape2 tah aku merepek.., aku ni bab merepek memang pandai... huhuhuhuhuhuhu!!.Memandangkan aku dah lama x update blog ni, aku nak cita kat korang yg aku baru pasang skirting belakang kat keta kebal aku tu... Aku semenjak 2 menjak ni aku makin berminat nak hias keta... tah la aku dulu x lah berminat sangat pasal nak hias keta ni dan bagi aku klu x hias keta pun keta boleh jalan ape..!!! tapi sekarang ni aku makin jadi gila ngan keta dan telah menjadi hobi masa lapang aku pulak..huhuhuhuhhu!!! (kopak la aku mcm ni!!!).Aku pasang skirting tu kat kedai bodykit dengan harga rm120 (x tahu la kot korang beli murah dari aku).Walaupun gaji aku tinggal sikit dan boleh tahap makan pasir, aku tetap jugak nak pasang.. (apa nak buat... dah x boleh tahan dah..geram gila!!).sIla lihat gambar dibawah sebelu dan selepas di spray pada skirting... (aku spray sendiri sebab paham2 la klu suruh kedai spray skirting tu jer mau dia mintak rm150...!! x cukup bajet huhuhuh..)


Aku Nak kEta Aku jAdi MacAM nI.. sMART gILaz!!!


tEkA-TeKI-TeKUk (adA uNsuR 18 sG)



Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu












ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

p/s: hahahahaha!!!!! Ape LA kejaDah punYa tEka -tEki...

bENGkel PenGurusAN pERUBAhAN E-TanAH.(sKEMa BetuL N3 tajUK ni??)

Haahahahaha... salam semua. berjumpe kita lagi..!! Hari ni betul2 aku update sampai 2 n3 sekali aku update... memandangkan aku hari ni terlampau rajin nak update blog.., semalam aku telah selesai menghandiri bengkel pengurusan perubahan e -Tanah yg telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dAN alAM SEkiTAR (NRE) dan Pihak vendor e-tanah iaitu iLUnch sdn Bhd.. yg bertempat di Hotel Concorde Shah ALam. Kira Aku duduk sana dalam 2 hari 1 malam. (x sempat nak rileks).


Aku lepas jer abis balik dari melaka (ADe program kecemerlangan pelajar dan aku sebagai urusetia) terus jer ke shah alam walaupun badan aku rasa senggal2 sikit. Klu ikutkan hati aku, aku nak jer gerak pagi besok tapi klu gerak pagi gerenti aku terlelap punya... mau aku terbabas masuk gaung punya...... Hari ahad tu aku lepak kat seksyen 7 (umah kakak aku). Besoknya pulak, sempat aku jumpe member lama2 aku kat S.U.K selangor (dekat ngan hotel concorde). biasa la, bila lama x jumpe member ape lagi..., aku pau la diorang belanja kuih.... hahahahahah.. sampai aku x sedar aku kena daftar kul 11.30 (nasib baik aku perasan klu x... ???) . Sampai jer aku kat concorde, ade pulak masalah iaitu nak mencari parking kat concorde tu. Aku malas nak masuk parking kat concorde sebab senang aku nak keluar nanti.. 2 -3 kali aku tawaf hotel, x jugak jumpe parking... last2 sekali terpaksa la aku parking kat basment hotel....


Kul 11.30 tu aku ade taklimat sampai kul 1.00pm. Aku check in hotel, aku duduk kat tingkat 7 lepas tu menghadap pulak kat depan masjid... lawa pulak aku tengok (jarang dapat berjalan kat shah alam semenjak aku kerja kat gemas) aBIs aktiviti malam tu dalam kul 10.00 mlm. aku bukak jer tingkap bilik tu aku tengok kawasan sekitar kawasan shah alam cantik betul walaupun hari2 aku lalu, aku x pandang keindahan malam kawasan shah alam... Ni aku baru la aku tahu bila malam kat shah alam lawa betul dengan masjid sultan salahudin cantik pada waktui maLAm.


(harap maaf, gambar x lawa sebab waktu tu hujan)

Bila aku terpandang S.U.k selangor kat atas bukit tu, aku teringat masa aku kerja kat sana... kat 2 tahun aku sana sebagai tehnician komputer kat ict selangor. Walaupun aku kerja kat sana x lama , tapi macam2 pengalaman aku dapat kat sana... mana x nya, kira nak katakan semua pejabat la aku pergi termasuk la berjumpe ngan Mb selangor, exco selangor termasuk la sultan, siap masuk lagi istana dia kat seksyen 7. tapi yg best dapat kerja kat dalam dewan undangan negeri selangor (tempat diorang bahas mcm dalam parlimen) x semua orang boleh masuk dalam dewan undangan tu... klu kita orang masuk x payah pakai card sebab kita orang petugas tetap untuk peralatan dan network ict kat dalam dewan tu....

(ni klu saper yang nak pergi s.u.k selangor)

Masa hari terakhir bengkel pengurusan perubahan e -tanah, kumpulan aku telah menjadi pemenang keseluruhan.. ni adalah aksi mereka dan mengelokai ( tibai) hamper yg telah dimenangi untuk dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan (aku terus x idea sebab ade jer orang menganggu aku ...hampeh..!!) lihat aksi mereka dibawah :

kumpulan kristal..






p/s: kepada member satu kumpulan aku (kumpulan kristal) aku lupe nak mintak korang nombor telefon korang la... nanti korang emailkan ker kamikaze501@gmail.com. jgn lupe...!!!... ak gua cau dulu..!! adios..

jAlan bUKIt PuTUS yG Baru.... (CaNTik SioT!!!)

SALam semua reader..... aku dah lama x update blog ni...!!! lama jugak rasanya, macam blog aku ni mcm x berpenghuni lagi... ni aku just nak letak gambar jalan bukit putus yg baru.. bagi saper yg x pernah lalu jalan ni atau tidak berkesempatan, sila la tengok gambar di bawah ni... aku sediakan khas untuk korang... lepas ni sape yg nak pergi Ulu bendul, x sampai 5 minit dah sampai apabila melalui jalan baru ni... klu x, ikut jlan lama bukit putus lebih2 lagi klu ade lori..., mau nak dekat setengah jam sampai... penat nak nunggu... tapi jln ni ditutup sementara dan akan dibuka balik pada 7/11/2009 ni untuk perasmian... adios.!!!








powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme