kENaPa LAH BtN pUn NAk DIjADiKAn iSu???
Salam sEmua.... kali ni aku nak luahkan sedikit kekecewaan aku pasal kErajaan pakatan Rakyat mempolitikkan isu "BTN" dan mengharamkan semua kakitangan kerajaan negeri dan Ipt milik kerajaan negeri daripada menyertai BTN. Aku pun x paham kenapa kerajaan pakatan rakyat mengharamkan btn padahal BTN ni adalah kursus yang menyemaikan sikap patriotik pada diri kita dan semangat kemerdekaan. Aku salah seorang peserta kursus BTN x nampak pun isu politik disitu??? ( klik disini pengalaman aku semasa di BTN) Walaupun aku mengakui ada isu sensitif di utarakan seperti isu ketidakpuasan diantara kaum, tap dengan cara itu juga kita dapat memperbaiki perhubungan dan mencari punca permasalahan keretakan diantara kaum. Aku x nampak BTN ni lebih mempromosikan dan menyokong BN.Aku rasa patut mereka yg cuba membuat isu pasal BTN sila la pergi menyertai kursus BTN dan cuba rasai pengalaman berkursus disana.. kita akan dapat memahami apa itu kemerdekaan dan menghargai negara yg tercinta ini. Kerajaan Selangor akan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara yang diharamkan kerajaan negeri baru-baru ini. p/s: Aku nak tengok berjaya ke x???
MB : Program Alternatif Ganti BTN (petikan dari tv selangor)
Bercakap kepada wartawan di majlis sambutan ulangtahun Malaysiakini malam semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usul ini dicadangkan oleh kesemua negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.
Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.
Memorandum tersebut berkata akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.
Sehubungan itu, Tan Sri Khalid mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.
"Ini idea paling baik daripada Selangor ,kerana program BTN sebelum ini tidak menunjukkan pelajar supaya berfikiran terbuka sebaliknya pelatih mengajar perkara yang tidak sepatutnya diajar kepada pelajar,"jelasnya.
Langkah melindungi minda anak bumi Selangor dari dakyah perkauman sempit bagaimanapun mengundang reaksi keras dari kerajaan Pusat. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ajaran BTN adalah selari dengan konsep 1 Malaysia.
Tan Sri Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menolak dakyah yang mengajak pengikut kepada membenci manusia lain.
bongok sapo yang membangkitkan isu BTN ni,x sayang negara..