SaNTAu - dENgKI sAMpAI MaTi


"DENGKI SAMPAI MATI" itulah antara ungkapan dalam cerita santau... Salam semua, Aku berpeluang menonton filem Santau yg telah keluar pada 10 disember baru2 ni. Ape reaksi aku pada cerita ni??.Jawapan aku ialah kurang menarik kerana cerita dia tidak sehebat filem "Jangan Pandang Belakang" yg membuatkan penonton tidak senang duduk dari kerusi pawagam dan membuatkan penonton merasa takut hingga terbawa-bawa dari luar.Filem santau tidak ade adengan yg mendebarkan pada penonton. Yang aku peliknya cerita ni cerita seram tapi jadi cerita kelakar la pulak!! Mana x nya watak halim (lakonan Esma daniel) sedang terbangun dari mimpi yg menakutkan, penonton boleh tergelak sebab cara dia termegah-megah macam orang kena kejar dek harimau. Banyak la lagi adengan esma Daniel buat lawak. watak nina (lakonan putri masriana) bagi aku bagus kerana dia menjiwai watak itu sampai dia sanggup makan telur yg ade cacing kalau aku la berlakon, x sanggup aku nak makan benda tu... loya tekak aku..... Keseluruhan cita ni bagi aku ok la daripada cerita mistik yg asyik menjerit jer...sikit2 jerit..sikit2 jerit. tah ape2 tah cerita tu... Bagi sesiapa yg belum tengok cerita tu ,boleh la tengok klu sesiapa nak tengok putri mardiana real makan caci campur telur mata cair... (geli pulak aku nak makan telur mata lepas ni...) ok. aku pun x de ide nak taip n3 lagi.... cau ci cau..!!!!

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Esma Danial, Lis Dawati, Zul Handyblack, Riezman Khuzaimi
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Durasi : 83 min
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2009

Pelakon-pelakon:

Esma Danial : Halim

Lis Dawati: Ana

Zul Handyblack: Man

Riezman Khuzaimi: Usin

Mariani: Nenek Tua

Bob Lokman: Bomoh

Hafidzuddin Fazil: Imam

Hisham Ahmad Tajudin: Bapa Halim


Sinopsis: Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran.

Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.

0 Response to "SaNTAu - dENgKI sAMpAI MaTi"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme