CeriTa KAt SalON RAmbuT.

Aku rasanya dah lama x gunting rambut, rasanya lepas raya waktu tu aku gunting rambut.. heheheh kata sibuk ngan kerja. pada hari sabtu hari tu, aku pergi ke pekan bahau sebab nak daftar nama untuk kursus kahwin (Kahwin lambat lagi .. saje je nak kursus cepat) lepas aku daftar jer kursus, aku terasa gatal lak kepala aku mungkin tu itu petunjuk rambut makin panjang sebab aku kalau rambut panjang gatal kepala.... hehhehe bayang kan lah masa raya aku potong sampai sekarang tak potong2. Aku pun cari la kedai gunting rambut. Masa aku jalan2 kat pekan tu aku ternampak satu salon ni, Cina punyai salon boleh tahan gak exclusif salon tu. Aku bukak je pintu salon tu ,Ade awek cina ni sambut aku dengan mesra, lawa jugak awek cina ni.. buat jadi awek ni pun bagus jugak... heheheheh. Disuruh aku duduk dulu sebelum dia ambik kain untuk potong rambut. Awek ni cakap ngan aku, nak cuci rambut sekali ker? aku pun cakap cuci rambut... sepanjang awek cina tu cuci rambut tu aku senyap dia pun senyap macam x ade ape2 berlaku. Aku macam nak berborak ngan dia,tapi macam segan pulak nak berborak ngan dia tah lah, aku pun x tahu kenapa aku tiba2 jadi senyap. Awek cina padang aku, aku macam segan gila nak pandang muka minah cina tu... Dia senyum aku buat bodo je.. macam x de perasaan pulak. Masa dia urut kepala aku.... terasa tangan2 lembut dia mengosok kepala aku. FUHHHHH. layan tido aku kejap... sampai x sedar dia panggil aku basuh rambut. Tup tap lepas potong rambut aku pun bayar la kat kaunter, potong rambut ngan cuci rambut dengan aku beli satu produk untuk rambut jadi segar semuanya sekali RM50.OO inggit. Puas hati juga potong rambut kat kedai salon tu sebab awek dia... hahhhaa. lain kali aku klu rambut panjang aku akan potong kat salon itu....




Gambar ini ditangkap sebelum rambut aku dicuci....










KarOEke Ngan MEMber...!!!

Aku dah tak tahu nak buat ape.... ape lagi, ajak member karoeke.... time tu boring gila member pun on je. Tapi masa karoeke yang hampehnya aku lak kena keluar duiT, tapi sebab aku dah mengajak diorang,terpaksa la belanja jugak. Macam2 lagu jugak aku nyanyi seperti kumpulan AXL (akulah kekasih mu), Damasutra (Umpama mimpi dalam mimpi) dan lain2 lagi yang dapat aku nyata kan disini (terlampau banyak sangat lagu x larat nak nyatakan disini. Masing2 semua layan jiwang sebab amik lagu pun jiwang...hahahhaha.!!!. Bila nyanyi lagu jiwang ni teringat kat awek aku disana dan kisah putus cinta time dulu.... nama2 diorang x dapat aku nyatakan untuk kebaikan masing2.huhuhuhu. 23 buah lagu dan habis nyanyi dekat kul 12.30 malam la jugak... abis je nyanyi masing2 x de suara nak cakap... tapi yang pasti aktiviti karoeke ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.


(VIDEO ADA MENGALAMI MASALAH)

TerINgaT mASA KIsah akU kAt iCT SeLAngoR PaRt 2


.. aku nak tambah gambar kenangan aku masa kat ict dulu...... cerita pasal kat sana nanti aku sambung ikut program yang pernah buat kat sana.... ini diantara gambar kenangan aku semasa di sana.....


Aku dengan shah semasa ade program latihan terima pingat kebesaran Sultan Selangor

mus (aku panggil pak mustar) dan Amir....lepak kat kedai mamak seksyen 6 lepas abis Bulan ICT


Monitor yang nak dilupuskan ...bapak penat nak kumpulkan semua tu.....

ULu BeNDul tIME.....



hari ahad yang lepas, tah macam mana aku pun boleh terikut kakak2 aku pergi mandi air terjun ulu bendul setelah di pujuk oleh anak buah aku "jom la pakcu pergi Ulu Bendul". Aku sebenarnya malas nak pergi, sebab hari ahad hari itu aku baru nak plan nak duduk kat rumah jer sebab macam2 masalah kerja dan peribai aku sendiri.Tidak mahu menghampakan anak buah sendiri (hahahah bangga sebab ade orang sayang aku rupenya) terpaksa la aku pergi. Setelah aku sampai ke ulu bendul aku tengok ramai betul orang, sebab masa ni la sapa yang telah berkeluarga membawa anak2 mereka untuk bermandi manda di ulu bendul. Mata aku melilau -lilau memandang sekeliling kot-kot ada awek yang lawa boleh aku cuci mata sekali-sekala.. hahahahah..(jahat betul aku). Nak mencari tempat untuk meletak barang punyai la susah, semua tempat dah kena booking.. mengeluh aku. tapi sebab berkat aku pandang 1 awek cun ni berjalan, aku ternampak 1 ruang kosong yang sesuai nak cacak khemah yang aku bawa tadi untuk senang anak2 buah aku menukar pakaian x payah pergi ke tandas awam 30sen. Kakak aku sponsor makan sampai bis RM40.00 beli nasi kotak yang lauknya x seberape.. (mahal jugak makan kat ulu bendul ni). Masa aku berjalan -jalan, 1 kumpulan awek ni berjalan-jalan beriring ngan aku aku, aku cakap boleh tahan jugak diorang ni.. x disangka-sangka ade minah ni tegur aku, terkejut aku!!!! dia panggil aku adik2. aku ingat dia panggil sape rupe2 nya aku dia panggil, aku padahal nak katakan aku ni baya diorang dia cakap aku adik.... sabar jelah mungkin aku membuang jambang dan misai membuatkan aku muka macam budak sekolah kot... ( ada separuh orang kata umur aku dalam lingkungan 32 tahun) .Diaorang ni nak mintak tolong aku tangkap gambar mereka... aku cakap boleh jer....Dalam banyak awek2 dalam group ni ade sorang tu membuat kan aku terkena cinta pandang pertama (walaupun aku dah ade awek...) muka dia cute sangat membuatkan aku nak tegur jer, tapi sebab aku ni pemalu ckit, niat nak tegur tu x dapat la nak sampaikan pada beliau...Aku pandang jer dia sambil senyum, dia bagi respon tu dengan membalas senyuman aku, x rugi aku pergi ulu bendul ni.... lain kali nak pergi lagi la kot2 terjumpe awek tu lagi.(mengharap tu)... hehehhehehe....


aku dan anak buah aku Muhammad Hilman shah


Klu tangkap gambar bukan main suka diorang ni...

Sedapnya adik...!! makan aper tu???

Anak buahku yang sulong.... control ayu la tu. kata ramai peminat.

TerINgaT mASA KIsah akU kAt iCT SeLAngoR

Aku teringat masa aku kerja kat tempat lama aku dulu kat ICT Selangor, macam2 ragam semasa aku kerja kat sana dengan peal member-member technician. Makan kat cafe kat bawah pejabat S.U.K sama-sama, dapat report kerosakan lepas tu pergi sama2 dan part yang paling aku minat ialah main game halflife dengan fifa07 sama2 sambil bergaduh sebab asyik kena tembak atau kalah lawan bola tu yang membuatkan aku teringat sampai sekarang.. semenjak aku dapat tetap dan di transferskan di daerah yang tidak mempunyai shopping kompleks,panggung wayang, awek cun (untuk cuci mata) dan hanya mempunyai pekan kecil cuma tempat berhibur cuma karoke box saja yang ade membuatkan aku teringat semasa aku berada di shah alam yang serba serbi ada... membuatkan aku terasa pergerakan aku terbatas.Aku ni bukan orang yang suka bersosial seperti pergi clubbing, melepak x tentu arah, cuma aku ni jenis suka lepak dengan member yang 1 kepala ngan aku,makan sambil tengok bola kat kedai mamak kat seksyen 7, tengok wayang..., main futsal sama2.hahahhaha. Bila teringat balik terasa nak mintak pindah jer tapi jawatan aku belum disahkan,selagi tu aku duduk kat sini... tapi alhamdulilah, aku dah pun kerja kat pejabat baru ni dah nak 1 tahun aku dah x teringat sangat nak pindah kerana kesibukan bekerja membuatkan aku lupa sketika. tapi kerja di ICT selangor membuat aku mendapat pelbagai pengalaman bekerja dengan pelbagai orang seperti pengiring sultan selangor, mb selangor, exco selangor sampai la makcik operator telefon S.U.K semua aku pernah bergaul dan sampai sekarang mereka masih kenal aku lagi walaupun aku telah berpindah kerja..... terharu aku.




Team tehnician ict selangor... orang kuat ict bahagian support system.


Raja (aku panggil dia rajakumar...hahaha jgn marah raja) dengan faiz (paiz........) makan kat cafe S.U.K selangor..

Kenangan... tempat aku semasa kat ict.. sepah ckit biasa kata tehnician... (alasan semata2)

Sebelum aku bla sempat lagi aku pakai pc baru tu...hahaha


Klu nak tahu ni bukan awek sebarangan ni.... ni Ex-bos aku tau....hahahha, klu nak berkenalan x dapat la yer sebab diaorang dah berstatus Puan diulangi Puan.. melepas..hahahhaha

Salam..... My first blog story......



............Aku pun x tahu macam mana aku pun boleh terjebak dalam dunia blog ini.??? Aku sebenarnya malas nak buat sebab memandangkan aku pun banyak kerja dengan sistem yang nak berjaga, website jabatan lagi dan lain-lain membuatkan aku bertambah la malas nak buat blog sendiri..Tetapi selepas aku melihat blog viruspadu aku pun teringin nak buat jugak (terima kasih pada viruspadu memberi aku inspirasi pada aku nak bukak blog jugak).Dan ini hasilnya, Blog aku sendiri yang dipanggil Mystory kamikaze@fahmi...... sambi itu juga aku boleh melepaskan tension aku selepas seharian bekerja dan boleh la aku letak gambar kenangan aku dulu2.heheheh... Aku akan cuba mencari masa untuk mengupdate blog ini walaupun sibuk dengan bekerja.




Blog ini lah memberi aku insprasi untuk membuat blog sendiri... thank you for viruspadu.




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme