AwARD... toChe... TOcHE kak WeeDA



Hehhehheiii.......!! aku sekarang sibok bebenar ngan kerja sampai blog aku pun jarang berupdate...Aku sebenarnya buat n3 ni sebab nak mengucapkan toche..toche (terima kasih , thanks) kepada kak weeda kerana telah menganugerahkan award kepada aku.. huuhuhuhuhuhhuhu..... terima kasih la kak yer....!!

SEDapnyA ..!! (mAN tomYAM)

Best x korang tengok??? bestkan!! Haaaaa... ni aku nak promote sikit tempat makan ni., Tempat makan ni best betul... Klu sapa yg pergi ke seremban tu, mesti kena singgah kat 'MAN TOMYAM' .Alamat dia aku letak kat bawah nanti.. tapi klu sapa nak pergi sana cari jer orang kat seremban tu ckp man tomyam mesti dia tahu punya....huhuhuh...!!!. Aku hari tu pesan tomyam campur, ayam masak pedas, ikan kerapu tiga rasa, sayur campur, udang masak petai dan buah-buahan... Hari tu aku order untuk lima orang makan... x rugi mencuba kat man tomyam ni... kedai dia unik sikit, ala2 tradisional.....Harga pun x mahal, cuba la..!!!.. ;p


Restaurant Man Tomyam
Lot PT 563-6565 Batu 2 1/2
Jalan Jelabu SKM Seremban
Tel : 06-7640886





bULi kAWan.. ( EdIsi SeDaP)

Haloooo....!!! Aku Dah lama x update blog, memandangkan aku sekarang ni terlampau la sibuk sampai nak bukak blog pun x sempat..... Kali ni aku nak cita kisah aku buli housemate aku... hahahaha....!! Aku ni bukannya buli sampai terajang, tempeleng dan lain2 lagi cuma aku aku buli secara baik jer dengan menyuruh beliau masak....!! sekali- sekala nak jugak rasa dia masak.. Ni klu x aku jer masak, kerja2 ringan seperti basuh pinggan, potong bawang atau kerja lain dia yang buat... puas aku ajar dia... ,kali ni aku nak rasa dia pulak masak walaupun dia x pandai masak... (x per .. chef ade sebelah dia yg bantu dia masak.. aku la tu..huhuhu) Menu aku suruh dia masak senang jer, iaitu nasi goreng dan telur dada....(biasa la orang bujang masak... ringkas2 sudah la..). Dia cakap ngan aku dia x comfident nak masak takut x sedap.., aku pedulik ape, sedap ker, x sedap ker janji ko masak... ala bukan susah pun, pakai perencah maggi jer.. semua dah siap....!! huhuhuh.. ni diantara babak2 yang aku ambik masa beliau masak nasi goreng... huhuhuh... sedap jugak!!! lepas ni boleh la suruh dia masak lagi...hiohohohoh..!!

(Harap maaf, kualiti gambar tidak baik kerana disebabkan kualiti udara dapur berjerebu)





TahukAH kAMU?? aKU nAK BagI inFOrmASi SikiT kAT koRang NI...




1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya .....!!

ps: SEMOGA KORANG TERHIBUR NGAN FAKTA TAH APE2 AKU NI....





Aku SEpanJang jALAN ke GEmAS..




Memandangkan hari ini hari jumaat, hari segala hari,AKu tiba2 terasa ingin menjadi blues seperti cerita 'blues untuk Aku'. Aku ingin tunjukkan blues aku dengan meletakkan gambar yg aku rasakan blues sepanjang aku berada di gemas....!!!.tiba2 aku menjadi seorang yg blues (bukan blues geng)..


TemPAT aKU Selalu Cucuk dUIt kat PubLIC Bank (time Gaji jEr)

kERetapi Di gEmas


KLu AKu nAK baLIk sHah alam nAIk keREtapi Kat steSen geMas

mAKan nASi Ayam Kat GEMas (Time Gaji Jer..)


tUGu pEringAtAN TentERA auStralIA (gAMBar NI ditanGkAP MASa Aku UpdATe WebSitE PeJabAT dAERAH kEcil gEMAs)

sApa ngAnTuK bolEh TidUr kAt hoTel Gemas SebeLAh pEJabaT akU.

Dan akHIr nyA.. DisiNi La AKu bEkerJA SEkArang...

ps: gambar ini tidak ade kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati... Ini adalah gambar luahan dari aku semEnjak aku berhijrah dari shah alam ke gemas (berpindah kerja...)





AntAra PeRIbAhASa yG pUPus.. (jGn tAK tENGok! !)



Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

HUHUHUHUU....





SepANjANg MajlIS pERPisaHan Syuk Dan Umi dAn KisaH tUdunG..

syuk dam umi

Sebelum itu, Aku ingin mengucapkan selamat berjaya kepada syuk dan umi (Budak praktikal unit hasil).Semoga berjaya di tempat baru nanti.... !!!. (bagi promote sikit budak ni...).. Ini diantara gambar yg sempat aku amik semasa majlis perpisahan budak 2 orang ni...



shIDAN NASI LEBIH.....!!

Yang ni pulak kisah budak hasil sibuk bershoping membeli kain dan tudung dari shidan... sompat lagi beli tu... perempuan2....










KoRaNg pAhaM X??? aKu LaNGsuNG x PaHAm..!!



Cerita Lawak 80PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.

Kisah Mengarut Musim Pertama

Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup.

Kisah Mengarut Musim Kedua

Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.

Kisah Mengarut Musim Ketiga

Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat.

Kisah Mengarut Musim Keempat

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.

aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.

sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.

8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.

ps: aku sendiri pun x paham...!!!





Live.. BUdak2 KaroEKe KAT uMAh AkU!!!

Ini adalah siaran live yg diambil dari umah aku... sekarang ni diorang tengah sibuk memekak..!!! ni adalah aksi yg sempat aku ambil tadi...hahahaha!!!

menyampah aku...tunjuk baju baru la tu..!!! untungla...!!

peace..!!!!

Bro berkain pelikat menyanyi lagu 'AKULAH KEKASIH MU'

x de laptop@ lappy ni, x de la aku masuk gambar dlm blog ni...!!

asri dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu untuk seseorang!!!

ps: gambar aku x de sebab aku sibuk tangkap gzmbzr diorang...!!! harap maklum...





IktibAR pERIsTIwa BukiT kePONg

Anggota polis bukit kepong

Malam semalam, tv 2 ade menayangkan cerita Bukit Kepong arahan Dato Jins Shamsudin. Walaupun cerita Bukit Kepong selalu ditayangkan di tv, aku tetap setia menanti di depan tv kerana aku kagum dengan semangat dan pengorbanan yg ditunjukkan oleh anggota polis dan isteri mereka. Bayangkan lah anggota polis Bukit Kepong sebanyak 20 orang anggota dan dibantu oleh AP kampung.Sedangkan komunis mempunyai 200 orang pengganas dari kompeni bebas ke- 4 yg diketuai oleh Mat indera.Aku sedih kerana sorang demi sorang anggota polis bukit kepong gugur dalam pertempuran yg sengit dengan komunis.Walaupun kita telah merdeka 51 tahun, tetapi ada diantara kita sudah lupa dengan peristiwa bukit kepong yang telah meragut 25 orang termasuk dengan ahli keluarga anggota.Walaupun aku tidak dilahirkan pada zaman itu, tapi aku dapat rasa keperitan yang dialami oleh mereka.


Peta kawasan balai polis bukit kepong diserang


jasad anggota polis yg terkorban

Mat indera (gambar dia duduk depan murid lelaki yang tersenyum) adalah salah seorang komunis yang terlibat menyerang balai polis bukit kepong.

Ada diantara atuk2 kita atau nenek-nenek kita telah merasa kekejaman komunis pada masa itu.Tapi aku sedih walaupun kita telah merdeka 51 tahun, golongan rakyat malaysia terutama sekali anak2 muda sekarang telah lupa dan lalai kerana mereka tidak merasa keperitan yang dialami oleh datuk dan nenek kita untuk mendapat kemerdekaan. Ada yg sanggup menggadaikan maruah negara untuk kepentingan mereka.Contoh seperti, ada ura2 nak membawa kembali ketua komunis negara iaitu Chin Peng.Aku cukup tidak bersetuju untuk membawa kembali dia kerana kekejaman yang telah dilakukan oleh dia tetap terasa sampai sekarang.Nasib baik komunis dapat memerintah malaya setakat 3 minggu saja, klu x, aku rasa lagi ramai orang mati akibat kekejaman komunis. Oleh itu, kita kena bersatu padu supaya peristiwa ini tidak berulang lagi.. Cukup la sekali kita dijajah.


Balai polis bukit kepong telah diperbaiki dan telah menjadi muzium

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang peristiwa Bukit Kepong sila klik disini





AkU dAH x MINat nGAN fRiensTEr.


Aku semenjak serius menghadap blog ni, aku dah lama x bukak friendster, myspace dan facebook (lebih kepada friendster sebab yg lain aku dah lupe password). Tah la, macam dah boring jer nak bukak friendster sebab benda mcm ni dah muak dan fungsi yg sama mcm myspace dan facebook cuma dia ade kelebihan dari segi winget, function da lain2 lagi .....Contoh macam friendster, dia cuma boleh add kawan, post comment, hantar mesej dan ade sedikit blog (tapi blog friendster x best).. Asyik benda yg sama saja.. klu korang x caya, korang cuba tengok friendster,myspace, tagged, facebook,myrakan dan bermacam2 lagi la semua konsep yg sama cuma add kawan klu berkenan dan hantar la mesej berwarna-warni.... boring...!!! benda yg sama jer.. Kalau mcm blog ni pulak, dia lebih memberi kita idea mengarang. Aku suka konsep blogger ni sebab dia memberi kita meluahkan pendapat atau menceritakan tentang diri kita untuk berkongsi dengan orang lain.... (ade yang suka, ade yang x suka pendapat kita) Blog ni juga adalah medan para blogger untuk menambah ilmu dari segi politik, kehidupan dan lain2 lagi. Walaupun blog ni membuat kita ketandusan idea kerana bermacam2 cerita telah kita ceritakan, tapi membuat kita seronok dan cuba sedaya - upaya untuk mendapatkan cerita walaupun kita menanam pokok pun boleh dijadikan cerita untuk berkongsi pengalaman dengan blogger lain yg x tahu cara2 menanam pokok bunga.1 lagi orang yang suka berblogger ni, adalah orang yg suka berfikir berbanding dengan orang suka main friendster dan sewaktu denganya kurang berfikir sebab bendanya sama jer. Klu x caya, cuba bandingkan blog ngan friendster...... korang tahu la jawapanya...!!.Ini adalah bagi pendapat aku yer, x tahulah korang setuju atau tidak....!!!. Sampai disini saja lah n3 aku ni sebab aku dah x de idea nak menaip panjang2....





hanset idaman aku.... C905i..


SONY ERICSSON C905i

Fuhhh.... tiba2 lak aku mengidam..., bukan mengidam makan!!! tapi mengidam nak pakai hanset Sony ericsson C905i....Semenjak aku minat c905i ni masa aku temankan member aku beli hanset baru kat terminal 1... Member aku cadang nak beli sony ericsson C902i (James Bond punya hanset) .Cina kedai hanset tu promote hanset C905i ni,alasannya cina tu bagi kat kitaorang ialah screen c905i lagi besar daripada c902i. Kamera C905i 8 megapixel berbanding c902i 5 megapixel. Dan kemudahannya lebih bagus daripada C902i.... fuhhhh,... best gila..!!!. Teringin aku nak pakai,,. tapi aku baru jer beli hanset K850i... Takpe la.. ade rezeki baru beli kot???


M8910 PIXON 12

tapi klu aku tukar, aku nak test pakai samsung M8910 Pixon 12... kelebihan dia camera dia 12 megapixel tu...!! x yah beli kamera dah....huhuhuuhu!!


SPESIPIKASI SONY ERICSSON C905i dan SAMSUNG M8910 PIXON 12

SONY ERICSSON C905i

General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 2100

HSDPA 850 / 1900 / 2100 - C905a
Announced 2008, June
Status Available. Released 2008, October
Size Dimensions 104 x 49 x 18-19.5 mm
Weight 136 g
Display Type TFT, 256K colors
Size 240 x 320 pixels, 2.4 inches

- Accelerometer sensor for auto-rotate
Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones
Speakerphone Yes
Memory Phonebook 1000 x 20 fields, Photo call
Call records 30 received, dialed and missed calls
Internal 160 MB
Card slot Memory Stick Micro (M2), up to 8GB, 2GB or 8GB card included
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD No
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 3.6 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Camera Primary 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, xenon flash
Features Geo-tagging, face and smile detection, smart contrast, image stabilization, smile detection (with update), videocalling
Video Yes, QVGA@30fps
Secondary No
Features Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, Instant Messaging
Browser WAP 2.0/HTML (NetFront), RSS reader
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Night Black, Ice Silver, Copper Gold, Tender Rose
GPS Yes, with A-GPS support; Wayfinder Navigator 7
Java Yes, MIDP 2.0

- MP3/AAC/MPEG4 player
- TrackID music recognition
- Picture editor/blogging
- TV-out
- Organizer
- Voice memo/dial
- T9
Battery
Standard battery, Li-Po 930 mAh (BST-38)
Stand-by Up to 380 h (2G) / Up to 360 h (3G)
Talk time Up to 9 h (2G) / Up to 4 h (3G)

SAMSUNG M8910 PIXON 12

General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
Announced 2009, June
Status Coming soon. Exp. release 2009, June
Size Dimensions 108 x 53 x 13.8 mm
Weight 120 g
Display Type AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size 480 x 800 pixels, 3.1 inches
Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3 ringtones
Speakerphone Yes
Memory Phonebook 1000 contacts, Photo call
Call records Yes
Internal 150 MB
Card slot microSD (TransFlash), up to 16GB
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD No
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps, HSUPA
WLAN Yes
Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0 microUSB
Camera Primary 12 MP, 4000x3000 pixels, wide 28mm lens, autofocus, xenon flash, Power LED flash
Features Touch autofocus tracking, Geo-tagging, face, smile and blink detection, wide dynamic range, Smart Auto mode
Video Yes, D1(720x480)@30fps
Secondary Videocall camera
Features Messaging SMS, MMS, Email
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Black
GPS Yes
Java Yes, MIDP 2.0

- DivX/XviD/H.263/H.264/WMV/MP4 player
- MP3/eAAC+/WMA/AMR player
- TV-out
- Organizer
- Document viewer (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Voice memo/dial
Battery
Standard battery, Li-Ion 1000 mAh
Stand-by
Talk time





MemBeR aku PinDAh UMah BaRU sEcARa BerAmaI- rAMai.


Aku x Tahu nak taip ape dalam n3 kali ni sebab x dah takde idea lagi dah sebab aku sibuk menolong member aku pindah umah baru...... ni aku sediakan gambar untuk tontonan 18 tahun kebawah saja dan golongan tua diberi bimbingan budak2 untuk melihat gambar ni...!! sekian terima kasih..!!!


ni ruang tamu dia...besar jugak..

Ni bilik member aku si asri @ budak masuk air.. besar gila!!!

Ni bilik air dia..

Ni bilik nombor 2...bilik dia macam penjara!!

ni bilik nombor 3... boleh la tahan besar.

Sampai disini la n3 aku.... aku pun takde mood nak cita lebih2 kan nanti kerja aku x siap pulak nanti...huhuhuhu....





23 PerKarA jANgan dIlaKUkan kEtiKa mEmANDU..


sekadar gambar hiasan saja...!! comel lak budak ni!!


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.


p/s: moralnya, janganlah buat perkara bukan2 semasa memandu keta.... selamat memandu!!!huhhuh






ciTa SUatU hARi lA....



Perkara nie jadi 3thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi... sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound nyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia ! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......

Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker aku????

AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun senyap.........aku tak
tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong

Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........


Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dal! am tuh, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata-kata dia........

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. AKu pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "A! PA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dal! am toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler... ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, a! ku suka... tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia tension...

"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh... sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... ban! yak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."



HAHAHA...MESTI SEMUA TENSENN...JGN MAREEE..:P
melampau betul drama ni...




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme