SelAMat hAri pEkERja..



Aku nak amik kesempatan ni nak mengucapkan selamat hari pekerja atau orang putih panggil 'LABOUR DAY'. terutama dalam perkhidmatan awam ( yeh yeh ye... esok cuti...) dan tidak dilupakan jugak kepada sektor swasta dan sewaktu dengan nya... Dan sesiapa yang belajar atau menggangur tu x payah perasan nak sambut cuti pekerja sebab korang bukannya bekerja, x payah nak nak sambut.huhuhuhu....!! jgn marah.....





YEEhHH..!!! bAju BaRu..


Gambar baju batik ni x de ape2 motif pun....Tujuan sebenar aku amik gambar baju ni sebab baju batik ni baru jahit (bau kedai x hilang lagi). 1 lagi, baju ni aku pakai besok (khamis) sebab kakitangan wajib kena pakai baju batik tiap hari khamis dan besok jugak la ada mesyuarat agong kelab.... boleh la aku melaram.... itulah tujuan paling sebenarnya....huhuhuhuhuh... jangan maah haaaaa.....







REd GianT mENGGAnas.,.!!The wArrior TeRsunGKUr...

REd gIANT Megah NGan TRofi PialA fA

Belum terlambat lagi aku nak mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri aku dibesarkan (aku lahir KL) selangor kerana telah memenangi piala FA.. Walaupun aku sudah lama tidak mengambil tahu liga malaysia kerana kecewa dengan pasukan kebanggsaan malaysia dan liga malaysia yang makin aku tengok dah x seronok dan permainan yg ditunjukkan tidak setaraf masa zaman masa 90an. time tu pasukan selangor ade pemain hebat seperti azman adnan,tony cottee,anuar abu bakar,david mitchell dan lain2 lagi yg x dapat aku sebutkan kerana terlampau banyak yg hebat2...


Tony Cottee - pernah bermain selangor 1996


Masa Zaman tu, Aku adalah peminat fanatik selangor, setiap minggu game melibatkan selangor, aku akan berkonvoi ngan member dengan menaiki basikal ke stadium shah alam... Klu ade game selangor kat stadium shah alam, aku x pernah miss pergi tengok selangor main...Semenjak aku dah berumur ni dan bekerja di luar selangor, aku x pernah lagi menjejakkan lagi ke stadium shah alam....Sekarang ni pun aku kurang tengok liga malaysia dan lebih tengok EPL england kerana permainan yg laju dan taktik yg menarik... kLu lah liga malaysia setaraf liga england x pun setaraf liga jepun, Aku akan menyokong kembali liga malaysia.........!! bILA la liga malaysia nak berubah...???. tahun 2020 kot???

sUAtu HAri DI kuTIPan CUkai LuAR..

banner kutipan cukai.. tu lah tarikh last aku kutip.!!

Fuhhhhh...... lega rasanya abis jugak buat kutipan cukai luar....... Klu x pening kepala aku nak standby hari2 kutipan ni...!! walaupun kerja aku bukan mengutip cukai luar, aku kena pastikan peralatan dan sistem cukai luar berjalan lancar. Yang aku seronoknya, ni adalah kutipan cukai yg last untuk tahun ni.. kalau saper yang nak bayar cukai tu pandai2 la diorang nak datang pejabat bayar cukai ...Aku nak bagi tahu kat korang, korang dah bayar ker cukai tanah??? kalau x berbayar alamat tanah korang kena rampas la yer jawabnya... sila bayar cukai tanah korang sebelum 3o mei di kaunter cukai berdekatan dengan kawasan anda ( x pun pergi la bayar kat pejabat pos)..... klu dah kena rampas tanah tu pandai2 korang la nanti... huuhh..

pelanggan tgh bayar cukai.. aku bantai tangkap gambar..

kawal macho dan cute.... huhuhuh

ape la motif aku tangkap gambar air ni..!!

NIlah peralatan yg aku kena sediakan utk kutipan luar..

la.....ni kerje cc..!!! org kutip cukai, dia boleh sempat karoeke...!!

P/S : Gambar aku x de dalam ni sebab aku malas nak bergambar.....alasan semata - mata... huhuhuhuh


mAi RASa Jus Rasa -rAsA di MEdaN, iNdONeSia.


pOTong Kayu, poTONG kAYu..!!!.







P/S: Aku sebenarnya xde idea nak taip pasal gambar ni sebab penat sangat semalam potong kayu ni.. tAPI aku DENgan Abang ipar aku potong kayu ni sebab kitaorang nak bakar lemang dgn dodol minggu depan...fuhhhh..!! terangkat...hahahahaha..... jgn jelez yer..!!huhuuh..

AlHamDulIiLah... aRSEnAL mEnANg LaGi....



Yes.....!!! Akhirnya terjawab jugak bahawa arsenal telah menepati ramalan menang dengan penuh bergaya 3 - 0 dengan mengalahkan villareal (ag :4 -1)... Walaupun arsenal telah kehilangan beberapa tonggak pemain utama dan mengambil risiko dengan menurutkan pemain muda yg tidak berpengalaman, wenger tetap optimis dengan mereka dan pemain muda seperti gibbs dan fabianski telah membalas kepercayaan kepada wenger....Aku berbangga kerana pemain muda arsenal telah menunjukkan permainan yg menarik sehingga dapat mengalahkan kapal kuning (villareal) dengan penuh bergaya.Jaringan2 arsenal semasa menentang villareal iaitu wallcot, Adebayor dan rvp....

p/s: lepas aku publish post pasal arsenal ni, mesti ade lalat yg tak puas hati dan jeles pasal arsenal akan mengkomen kat sini.....huhuhu... tengok la nanti..!!



MarI TengOK cIte JePUn (gOkUSen)


hahaha.. aku nak promote kat korang 1 cita best ni, cita ni nama tajuk dia Gokusen, Aku yg selama ni bukan peminat cita jepun terus jadi minat,siap aku sekarang dah ade 3 koleksi cita ni dari gokusen 1 hingga gokusen 3.... Aku promote ni bukan sebab aper, cita ni kelakar tahap gaban dengan perangai cikgu yg bajet dia cantik (memang cantik pun) tetapi pandai berlawan...dan sanggup membahaya kan nyawa dia untuk menyelamatkan pelajar2 sekolah menegah yg semuanya pelajar lelaki yg bajet dia comel...... hahaha..aku malas nak terang panjang2 kat sini, korang baca la sipnosis yg aku sediakan nanti... sebab aku sekarang x de masa nak taip lama2 sebab aku tengah layan cita ni..huhuhuh...

GOKUSEN 1

Its a very interesting story about this lady who is the 4th generation head to the Yakuza family. Yakuza is a typical Japanese Gangster family. Anyway her dream has always been to become a teacher, and not take over the family business. Her name is Yamaguichi Kumiko played by Nakama Yukie.

GOKUSEN 2

So then she has been assigned to a class 3D in a very bad school Shirokin Gakuen, and she got the worst class of all. Most of the students are in that class because they have barely passed, or have nearly been expelled from school, fighting and violence, just extremely naughty and problematic kids!

GOKUSEN 3

But as time passes by, she gets to know her students and also know that they are in fact just naughty but have good hearts! Her students go through so many events like protecting a sister, the passing away of a father. It is just how to go on with life. Her students end up respecting her so much that they gave her a nickname - Yankumi.

The interesting thing is that her students nor the school know that she is from a Yakuza family, only the principal knows. Once they know, her teaching career is over!

It stars Nakama Yukie as Yankumi, as well as Matsumoto Jun (Hana Yori Dango) and Oguri Shun (Hana Kimi)..So much enjoyment watching this! Anyway, it is a must watch drama for all.

IkLaN Yang TiDAk BerBayAR...

RaSa MaCam Nak SekOLah Balik... (fLasH baCk MemORi Kat sEkoLAh)

Ini adalah pemandangan sekolah seksyen 24 dengan menggunakan teknik water colour..

Aku pun x tahu mcm mana aku boleh teringat balik kisah zaman sekolah.....Dah 7 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan yg telah banyak meninggalkan kenangan indah semasa aku belajar kat sana.....Aku pun dah lama x jenguk sekolah tah berubah ke x!!!!! Aku dengan khusyuk nya mengoogle sekolah aku. Haaaaaa..... ni lah aku dapat, gambar sekolah yg diambil di dalam blog bekas cikgu aku, cikgu Hanita... Cikgu BM aku......!!!!. Menurut Blog cikgu aku ni, Gambar ni diambil pada tahun 2007. banyak betul berubah sekolah aku ni...., Bila la aku nak kesana??? tah ada ke x cikgu yg mengajar aku time tu.. Sebab kebanyakan cikgu aku semua dah banyak pencen.. klu yg muda pulak tentu dah kahwin,dan berpindah ikut suami... kot.!!. Member2 aku zaman sekolah pun tah kemana?? aku dengar, banyak member aku yg genius sikit dari aku..(huhuhuhuh tiba2 berlagak) sambung belajar ke UK... dah dapat kerja rasanya diorang ni...Kalau aku ada kuasa yg dapat undur masa ke zaman sekolah, aku x akan sia2 kan nak balik ke zaman sekolah semula. rindu woooooo....!!!!



Lambang sekolah seksyen 24 shah alam..

YaHoOOOoo.... ArsenAL mENANg LAgi....

Haaa..... Yes, Arsenal menang lagi....!!!... itulah yang mampu aku katakan pada pasukan kesayangan aku iaitu arsenal.....Walaupun aku semalam mcm nak bakar je astro kat umah aku sebab semalam game arsenal vs wigan x tunjuk, kemarahan aku menjadi reda, akibat kemenangan arsenal membelasah wigan di stadium JJB......Ini menandakan arsenal di landasan yg betul utk merebut kejuaraan walaupun mustahil utk merebut tempat ngan liverpool , chelsea dan Mu@%$#^*&$ (perkataan lucah tidak dapat disiarkan didalam blog ni) tetapi arsenal telah berjaya memberi tekanan kepada 3 pasukan ni.... Jaringan2 arsenal semasa mengalahkan wigan iaitu wallcot (bakal menjadi pemain terbaik dunia), silvestre, arshavin (idola aku), dan song....!! Aku harap lepas ni, arsenal dapat mengalahkan pasukan liverpool pulak......!!go go go go go go go arsenal.....




RuMAh oH.... rUMAh..!!!

Gambar ni diambil sebelum aku makan tempe goreng..nyam...nyam..!!

Ni rumah sape yer...??? klu nak tahu ni la umah aku yang sempoi jer...... biasa la rumah bujang la katakan.....huhuhuhuuh!!! rumah aku biasa jer dengan kelengkapan yg kurang seperti sofa, meja, astro dan lain2 lagi...huhuhuhu. Cuma yang ada kat ruang tamu kat umah aku tv saja. (tv tu penting sebab nak tengok berita).... klu sesiapa nak support beli peralatan rumah, sila la roger aku yer......!!!!!!. Rumah aku ni bukan rumah sewa yer, tapi kuartes pegawai (aku kan pegawai...hahahha).


Gambar ni ditangkap sebelum aku goreng tempe utk makan malam.. bajet!!!!


ThANks MArZ ..... AWards, aWARdS..!!!









Aku nak ucapkan tima kacih pada marz kerana dia bagi aku awards ni..... Gua Terharu dik....!! ish..ish...ish.. sekali 6 awards di bagi kat aku.... ApE2 hal thanks la yer.....



mARi MaKAN rOTi CanaI



Fuhh.......Korang jangan jelez tau..!!! korang kenal x benda ni???? klu x kenal, pergi belajar kat mamak jual roti canai yg berdekatan dengan umah korang.!!!!... Aku sebenarnya baru pekena roti canai kat kuala pilah (dekat ngan stesen bas)..memang best gila..... terangkat siot, makan panas2 roti canai sardin ni... nak gambarkan kesedapan tu rasanya macam pizza tau...huhuhuh.. Klu sapa nak makan boleh la datang ke kuala pilah, dia bukak waktu malam jer lepas tu warung makan dia yg first sekali....(warung makan sepanjang jalan kat kuala pilah berdekatan dengan stesen bas) cuba la.... syok gila..!!!

AhhHHH..... kaKI AkU sAKIT.!!!



AhhhhhHHHHHHHHH.. hampeh betul, Aku nak berblogger pun x de mood!!!! dengan kaki aku yg berbalit yg menahan kesakitan ni. Nak jalan pun susah... Adoi....di pendekkan cita, aku main futsal hari sabtu tu, Ade mamat tu pijak kaki aku masa nak rebut bola....... Aku ingat sakit kat kaki aku tu sekejap jer, tapi bila besok nya aku nak bangun tidur kaki aku terasa sakit sangat sampai kaki aku lebam jadinya..!!!haaaaaa....!!

Sebelum kaki dibalut..

ni lah dia.... kaki aku dah balut!!!








wELl DoNe ArseNAL....go...go...go aRsenaL.!

Belum terlambat lagi aku nak mengucapkan tahniah kepada team kesayangan aku iaitu 'ARSENAL' kerana telah berjaya membelasah manchester city 2-0....Huhuhuhu. malam tadi aku sanggup bergaduh dengan anak buah aku semata - mata nak tengok team kesayangan aku lawan...(anak buah aku nak tengok AF)... Aku sampai sorok remote control pada petang tu supaya anak buah aku x dapat tengok af....hahaha (gelak jahat!!!, jahat ker aku ni??). Walaupun aku x berapa suka dengan adebayor sebab sibuk sangat nak pergi ac milan dan performance yg hampeh semenjak2 ni telah menunjukkan kepada fan arsenal yg dia masih berguna lagi.... dengan menjaringkan 2 gol(TAPI BAGI AKU KLU JUAL DIA KAT AC MILAN BERBALOI JUGAK SEBAB DENGAR KATA AC MILAN NAK BELI DIA 36 JUTA... LEPAS TU BELI DAVID VILLA ; BERBALOI)... Tapi ape2 hal arsenal paling hebat......... yahooooooo.!!! arsenal menang..!!! jaga korang (MU - setan, Liverpool, chelsea dan tidak dilupakan jugak aston villa yg poyo bajet boleh jadi 'BIG FOUR') dengan kebangkitan arsenal yg sekarang dengan kehadiran Arshavin berganding bersama2 dgn fabregas memusnahkan sesiapa saja yg menghalang arsenal menjadi juara...!!!


KeNanGan NgAN mEmbER seMASa MakAn Md mASa BuLAN pUASa



Ini gambar aku ngan member masa makan MD kat seksyen 13 shah alam.. bila la nak melantak md lagi yer.??? dah lama aku x makan sebab aku sekarang duduk kat ceruk belantara sekarang..!!! huhuhuh.
P/S: Raja ko bila nak belanja aku dengan mus makan MD?? hari tu janji nak belanja??

PerAliHan KuasA pAK laH daN naJIb


Alhamdullilah...... nampakanya peralihan kuasa diantara Pak lah dan Najib berjalan dengan lancar.... Dan aku berharap sangat dengan kepimpinan pada Dato Seri Najib ni lebih telus dan adil... Aku bukannya x suka kepimpinan paklah tapi cara dia pimpin negara agak slow dan mudah diperkotak - katikkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.....!!.Lepas tu rasuah berluasa di kalangan Ahli umno menyebabkan orang tidak menyukai cara kepimpinan Pak lah. Aku berharap Najib dapat menjalan tugas nya dengan adil dan tegas tapi mesra rakyat seperti Tun Mahathir. Aku menyokong penuh dengan peralihan kuasa ini......... semoga malaysia lebih maju dan bebas rasuah semasa dalam kepimpinan Dato Seri Najib... Amin.!!!



KUALA LUMPUR 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, esok.

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia itu dijadual berlangsung di Balairong Seri bermula pukul 10 pagi.

Majlis bersejarah yang dihadiri semua anggota Jemaah Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1.

Najib yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti minggu lalu, dijangka mengumumkan senarai menteri Kabinet pada Rabu depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam kenyataannya hari ini mengumumkan Tuanku Mizan telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Selepas upacara angkat sumpah, pada sebelah petang, Abdullah yang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003 dijadual menyerahkan nota serah tugas kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Selain dihadiri anggota Jemaah Menteri turut dijadual bersama pada majlis berkenaan ialah Mohd. Sidek dan semua ketua setiausaha kementerian.

Najib kemudiannya akan menyampaikan ucapan sulungnya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejurus majlis penyerahan nota serah tugas itu selesai

(petikan dari akhbar utusan )

TaGGed - WanA

Hampeh betul si "Wana" ni, aku gelak jer kat dia terus tagged je kat aku..... X pe ko!!!.Sebagai anak jantan aku jawab tagged ko ni. hahahaa ( gelak dengan penuh bangga)

Adakah anda suka blogging? Kenapa?

Kerana aku nak luahkan perasaan aku kat dalam blog ni... tengok la header kat atas tu..!!!

Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

Cuba check kat tepi ni dia tulis "BLOGGER YANG SELALU DIKUNJUNGI". tu la dia.

Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan Siapakah org itu?

Mestilah nak....... adalah!!! malu la nak ckp..huhuhuhuh.

Taken or single? Mana lebih bagus?

Aku pilih "or".huhuhuhuhahaha.

Pernah tak cinta anda tidak di balas?

Pernah... zaman kolej dulu!!!

Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)

- Hormat orang tua
- penyayang
-pegangan agama yang kuat (ni paling penting)
-tidak pendiam (x nak becok macam wana...hahaha.jgn marah)
-mudah tersenyum (macam cik wana - bodek balik.hahah)

Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

30 tahun kot??? nak kumpul harta dulu..

Nak berapa anak?

Tak kisah... janji ada...~!!

Lucky person yg anda ingin tag :

Aku ni bukannya suka kenakan orang... tapi aku nak kena kan balik si budak wana ni... BOLEH!!!

BeRSiaRan lANSUNg di TeMpaT oFIS -Ditaja oleh minyak kelapa cap helang.


update website sambil layan blogger lain.

Sekarang aku bersiaran lansung dari ofis aku dan aku sekarang tengah boring gila untuk menunggu waktu balik 4.30 ptg,hahahahaha (aku masuk kerja 7.30 pg). Bila nak balik ni.... BORING dah tahap gaban dengan siap terhanguk2 kepala mengantuk.Hari ni kurang lak kerja tu yang membuat aku boring. Satu hari suntuk aku menghadap blog member2 yang aku kenal. Salah satunya blog si "WANA" ni.... Merepek juga aku tengok dia punya blog ni tapi geli hati betul aku sebab ayat2 dia yang selamber dan sempoi dan suka maki orang juga dia ni...(bahaya betul) tu yang membuat aku hilang tension dan mengantuk bila tengok dia punya blog.. ade jer ayat2 yang hampeh dia keluarkan. hahaha (Nasib baik dia cun..huhuhhu). 1 lagi blog yang aku x ketinggalan nak bukak dia punya blog iaitu "Dr khir ", Aku suka tengok dia punya blog ni sebab dia ni bekas bos aku masa aku kerja kat S.U.K selangor (sekarang aku kerja pejabat daerah N9) satu lagi pasal perkembangan politik kat selangor dengan kepimpinan pakatan rakyat (hampeh) yang selalu di bangkit oleh Dr khir yang nampak kepincangan pentadbiran di selangor.... OPssss..!! Bos aku pulak panggil pulak.....!!! kaco betul.


Apahal pandang2 nak belasah.!!!

RaHsiA sESUatu BUngA




aku terjumpa satu artikel ni kat dalam website pasal rahsia falsafah bunga.Aku selama ni bagi bunga kat "ehem ehem" main hentam jer.... tapi lepas aku baca artikel rahsia falsafah bunga ni, baru la aku paham maksud sesuatu bunga. Mungkin segelintir pada kita terutamanya perempuan dah tahu maksud bunga, Ini aku kongsi bersama rahsia falsafah bunga bagi sesiapa yang tidak tahu maksud sesuatu bunga macam aku. Huhuhuhuh.

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu'
atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga
sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi
wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba
disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum
ros merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai
ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.


Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah
lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau
nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau
sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu
menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-
mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar
penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap
kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu
mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia
dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID

Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang
sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin
dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa
saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan
letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan
cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil
barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak
lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal
menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme