TerINgaT mASA KIsah akU kAt iCT SeLAngoR

Aku teringat masa aku kerja kat tempat lama aku dulu kat ICT Selangor, macam2 ragam semasa aku kerja kat sana dengan peal member-member technician. Makan kat cafe kat bawah pejabat S.U.K sama-sama, dapat report kerosakan lepas tu pergi sama2 dan part yang paling aku minat ialah main game halflife dengan fifa07 sama2 sambil bergaduh sebab asyik kena tembak atau kalah lawan bola tu yang membuatkan aku teringat sampai sekarang.. semenjak aku dapat tetap dan di transferskan di daerah yang tidak mempunyai shopping kompleks,panggung wayang, awek cun (untuk cuci mata) dan hanya mempunyai pekan kecil cuma tempat berhibur cuma karoke box saja yang ade membuatkan aku teringat semasa aku berada di shah alam yang serba serbi ada... membuatkan aku terasa pergerakan aku terbatas.Aku ni bukan orang yang suka bersosial seperti pergi clubbing, melepak x tentu arah, cuma aku ni jenis suka lepak dengan member yang 1 kepala ngan aku,makan sambil tengok bola kat kedai mamak kat seksyen 7, tengok wayang..., main futsal sama2.hahahhaha. Bila teringat balik terasa nak mintak pindah jer tapi jawatan aku belum disahkan,selagi tu aku duduk kat sini... tapi alhamdulilah, aku dah pun kerja kat pejabat baru ni dah nak 1 tahun aku dah x teringat sangat nak pindah kerana kesibukan bekerja membuatkan aku lupa sketika. tapi kerja di ICT selangor membuat aku mendapat pelbagai pengalaman bekerja dengan pelbagai orang seperti pengiring sultan selangor, mb selangor, exco selangor sampai la makcik operator telefon S.U.K semua aku pernah bergaul dan sampai sekarang mereka masih kenal aku lagi walaupun aku telah berpindah kerja..... terharu aku.




Team tehnician ict selangor... orang kuat ict bahagian support system.


Raja (aku panggil dia rajakumar...hahaha jgn marah raja) dengan faiz (paiz........) makan kat cafe S.U.K selangor..

Kenangan... tempat aku semasa kat ict.. sepah ckit biasa kata tehnician... (alasan semata2)

Sebelum aku bla sempat lagi aku pakai pc baru tu...hahaha


Klu nak tahu ni bukan awek sebarangan ni.... ni Ex-bos aku tau....hahahha, klu nak berkenalan x dapat la yer sebab diaorang dah berstatus Puan diulangi Puan.. melepas..hahahhaha

0 Response to "TerINgaT mASA KIsah akU kAt iCT SeLAngoR"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme