PerAliHan KuasA pAK laH daN naJIb


Alhamdullilah...... nampakanya peralihan kuasa diantara Pak lah dan Najib berjalan dengan lancar.... Dan aku berharap sangat dengan kepimpinan pada Dato Seri Najib ni lebih telus dan adil... Aku bukannya x suka kepimpinan paklah tapi cara dia pimpin negara agak slow dan mudah diperkotak - katikkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.....!!.Lepas tu rasuah berluasa di kalangan Ahli umno menyebabkan orang tidak menyukai cara kepimpinan Pak lah. Aku berharap Najib dapat menjalan tugas nya dengan adil dan tegas tapi mesra rakyat seperti Tun Mahathir. Aku menyokong penuh dengan peralihan kuasa ini......... semoga malaysia lebih maju dan bebas rasuah semasa dalam kepimpinan Dato Seri Najib... Amin.!!!



KUALA LUMPUR 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, esok.

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia itu dijadual berlangsung di Balairong Seri bermula pukul 10 pagi.

Majlis bersejarah yang dihadiri semua anggota Jemaah Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1.

Najib yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti minggu lalu, dijangka mengumumkan senarai menteri Kabinet pada Rabu depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam kenyataannya hari ini mengumumkan Tuanku Mizan telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Selepas upacara angkat sumpah, pada sebelah petang, Abdullah yang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003 dijadual menyerahkan nota serah tugas kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Selain dihadiri anggota Jemaah Menteri turut dijadual bersama pada majlis berkenaan ialah Mohd. Sidek dan semua ketua setiausaha kementerian.

Najib kemudiannya akan menyampaikan ucapan sulungnya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejurus majlis penyerahan nota serah tugas itu selesai

(petikan dari akhbar utusan )

4 Response to "PerAliHan KuasA pAK laH daN naJIb"

  1. Wana says:

    Eii.. x suka la najib.. x taw naper..

    cara kepimpinan Najib lebih baik daripada Pak Lah....percaya lah!!!

    Wana says:

    Nehiii.. Nehii..

    Aku tanak percaya kata2mu...

    Nehiiii...!!!

    lu tarak percaya x pe lah..... biar la takdir yang menentukan.. ceh...!! macam lagu jiwang pulak (kumpulan mega)

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme