AkU maLU teNGoK aHLi pOLItiK Di PeRAk..


"MEMALUKAN" itulah aku dapat gambarkan semasa adun perak bersidang......!!! walaupun aku bukan rakyat perak, tetapi aku malu kerana macam ni kah ahli politik yg telah memegang amanah rakyat berkelakuan sedemikian????. Perangai mereka x ubah seperti budak2 sekolah telah diketahui oleh umum dan orang luar.... Kenapalah mereka ni tidak menggunakan akal fikiran mereka yg bijak pandai tu....!!!.Bagi aku sidang dun perak ni dah macam pasar ikan pulak... menjerit, mengutuk dan bermacam2 lagi...!!!. Bagi aku kedua2 sama je...Tetapi mendukacitakan aku, pakatan rakyat ni seolah2 nak menunjukkan dia masih berkuasa lagi padahal kerajaan yg baru dilantik oleh sultan iaitu bn berkuasa di perak... Sepatutnya mereka menggunakan akal fikiran mereka yg cerdik tu untuk membuat keputusan.. ni x, merusuh kat sidang dun tu buat ape??? x hormat ker kat Raja muda Perak ?????.

Dah jadi pasar ikan dah aku tengok... memalukan betul

Yg lagi aku x pahamnya, bekas speaker perak tu buat ape la sibuk2 nak datang.. bukan nya dipecat ke??? klu dipecat, maksudnya dah xde kuasa lagi nak jadi speaker...... selama ni, x pernah aku tengok sidang dun kecoh mcm ni.... memalukan jer..... Yg lagi aku x paham.,,, Kenapa la ahli2 parlimen sibuk2 nak masuk adun??? padahal polis dah bagi tahu kat semua, sesiapa yg tidak berkenaan jgn menghampiri kawasan Dun Perak dalam lingkungan 500meter tu pun ade jugak yg nak cuba masuk.... pelik betul aku... yg sibuk2 nak masuk tu buat aper???? pergi la bersidang kat parlimen, yg datang tu buat ape....!!!.Kalau macam ni la mereka yg telah dilantik menjadi adun yg mempunyai perangai macam tu... ,lebih baik jgn pilih lagi... memalukan betul.....






2 Response to "AkU maLU teNGoK aHLi pOLItiK Di PeRAk.."

  1. V.sivakumar masih speaker yg sah. S ganesan merupakan seorang bekas ADUN . Dia takada kena mengena dalam hal dewan tapi kenapa dia yg jadi speaker. Tgk dlm parlimen . Kuasa speaker tak boleh dicabar la . Encik kalo nak bercakap bior la berfakta . jgn main hentam ja. Yg penyebab dewan kecoh ialah ADUN2 BN yg tak reti2 hormat speaker. LAgipun Usul pemecatan speaker dah ditolak oleh speaker sendiri . 3 ekor beruk yg melompat tu tak boleh di kira kerana mereka masih di hukum gantung dari menghadiri dewan . Si osman jailu lansung tak berani balik changkat jering . Nak makan kasut kat muka boleh try . lagi satu jgn anggap komen aku tak berasas , check undang2 tubuh negeri perak . macm mana nak lucut jawatan speaker , CHECK BRO CHECK ! Lepas tu bab tak menghormati Raja Muda tu Adun BN , Sebab diorang yg panggil masuk POLIS , ORANG PERAK DAH MELUAT BN ko tau tak ? Ko orang luar jgn la memandai2 nak bagi komen2 tak berasas . Fikir dulu bro sebelum buat komen .

    Untuk entah kali yang ke berapa, aku gelak sorang2 bila membaca berita politik Perak.Demokrasi semakin matang, tetapi ahli politik di lihat kurang matang.Jika dulu(dulu2), rakyat Malaysia(kalau pun bukan anda, tetapi majoritinya), tersenyum setiap kali menonton berita yang memaparkan ahli politik Taiwan bertumbuk dan bergaduh di dalam dewan parlimen(atau apa?).Sekarang, dek kesombongan demokrasi yang sekian di cari, ahli politik Malaysia yang di katakan patuh pada pegangan resam Melayu dan taatkan agama sudah menjadi "caca merba".Inikah harga yang perlu di bayar untuk menegakkan demokrasi?Inilah penerapan nilai Islam Hadhari yang di canang-canang kerajaan, inilah juga sebuah keadilan politik yang kuat di pegang, inilah mungkin acuan negara Islam yang sedang di kaji, inilah juga tuntutan sebuah negara Malaysian Malaysia yang di bual-bualkan.Yang maha pentingnya, inilah suatu tamadun manusia yang di angkat rakyat sebagai pemimpin, bergaduh dan berebut jawatan demi suatu tampuk yang kita panggil pemerintah.Kita sendiri semaikan pada jiwa anak-anak kecil agar menjadi pemimpin masa depan yang memegang senjata setiap kali meminta kuasa.....

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme