IktibAR pERIsTIwa BukiT kePONg

Anggota polis bukit kepong

Malam semalam, tv 2 ade menayangkan cerita Bukit Kepong arahan Dato Jins Shamsudin. Walaupun cerita Bukit Kepong selalu ditayangkan di tv, aku tetap setia menanti di depan tv kerana aku kagum dengan semangat dan pengorbanan yg ditunjukkan oleh anggota polis dan isteri mereka. Bayangkan lah anggota polis Bukit Kepong sebanyak 20 orang anggota dan dibantu oleh AP kampung.Sedangkan komunis mempunyai 200 orang pengganas dari kompeni bebas ke- 4 yg diketuai oleh Mat indera.Aku sedih kerana sorang demi sorang anggota polis bukit kepong gugur dalam pertempuran yg sengit dengan komunis.Walaupun kita telah merdeka 51 tahun, tetapi ada diantara kita sudah lupa dengan peristiwa bukit kepong yang telah meragut 25 orang termasuk dengan ahli keluarga anggota.Walaupun aku tidak dilahirkan pada zaman itu, tapi aku dapat rasa keperitan yang dialami oleh mereka.


Peta kawasan balai polis bukit kepong diserang


jasad anggota polis yg terkorban

Mat indera (gambar dia duduk depan murid lelaki yang tersenyum) adalah salah seorang komunis yang terlibat menyerang balai polis bukit kepong.

Ada diantara atuk2 kita atau nenek-nenek kita telah merasa kekejaman komunis pada masa itu.Tapi aku sedih walaupun kita telah merdeka 51 tahun, golongan rakyat malaysia terutama sekali anak2 muda sekarang telah lupa dan lalai kerana mereka tidak merasa keperitan yang dialami oleh datuk dan nenek kita untuk mendapat kemerdekaan. Ada yg sanggup menggadaikan maruah negara untuk kepentingan mereka.Contoh seperti, ada ura2 nak membawa kembali ketua komunis negara iaitu Chin Peng.Aku cukup tidak bersetuju untuk membawa kembali dia kerana kekejaman yang telah dilakukan oleh dia tetap terasa sampai sekarang.Nasib baik komunis dapat memerintah malaya setakat 3 minggu saja, klu x, aku rasa lagi ramai orang mati akibat kekejaman komunis. Oleh itu, kita kena bersatu padu supaya peristiwa ini tidak berulang lagi.. Cukup la sekali kita dijajah.


Balai polis bukit kepong telah diperbaiki dan telah menjadi muzium

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang peristiwa Bukit Kepong sila klik disini





0 Response to "IktibAR pERIsTIwa BukiT kePONg"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme