RayA rAYa Raya... (dah Basi Ker CiTer aKU nI??)

sAlam semua Para bLoger Yg setia. Rasanya AKu adalah orang paling lambat post N3 raya kAt dalam blog...Semua aku tengok dah berupdate dari raya pertama sampai raya 5.., aku sorang jer baru nak update cita pasal raya walaupun hari ni masuk raya ke-8 yg masing2 dah start berpuasa 6 (x de lah tu puasa). Aku mcm biasa la, nak update blog ni pun ikut mood, klu mood x de + x de idea tu yg sampai n3 dalam blog ni cita basi jer.... apela aku ni...!! dulu beriya-iya benar nak update selalu blog... haaa sekarang amik ko, x terbuat ko cita....!!!. Para blogger semua, jgn tiru mcm saya kerana saya ni amat pemalas nak update2 n3 dalam blog ni..!!!. Ni apA Yang aku merepek ni..??? cita pasal raya tiba2 lak cita pasal malas lak ni...iskh...iskh....Aku pun bukanya rajin sangat pun nak update2 blog ni, bila time ade mood jer + idea, ade jer yg panggil aku.... bengang tol la...!. ni apehal aku merepek lagi ni.., terpesong jauh dari tajuk sebenar n3 ni.... Tidak membuang masa, aku cita seringkas yg boleh (sebenarnya idea tarak.!!!) start dAri raya 1 sampai la raya ke 5.... (complete seminggu tidak termasuk hari sabtu dan ahad).

Raya perTama..

Raya pertama mcm biasa la, mesti pergi sembayang raya (PENTING TU!!).lepas jer sembahyang raya, mesti la kena ahli keluarga berkumpul untuk mintak maaf kat mak ngan abah untuk mengeratkan lagi talian kekeluargaan. Lepas tu aku ngan keluarga bersiap-siap nak pergi beraya di rumah atuk aku kat Taman Melawati, Gombak... aku bajet pegi Kl x jem sebab orang semua x balik kampung, rupenya bapak punya jem... mana x nya korang bayangkan, aku tersekat kat ampang sampai kat susur keluar nak pegi taman melawati... uiiii, sakit kaki aku asyik tukar cluth jer...Baru jer nak masuk gear 3 dah turun balik gear... aku sampai kat umah atuk tu dalam kul 2.30... keluar dari umah kul 10.00 ( aku dari n9, sepatutnya sampai kat umah atuk dalam kul 12.30 klu x de jem). Sampai kat umah atuk, mcm biasa la, salam2, borak2 ngan sepupu aku si farah.

(Ni gAmbar AnaK buah tENGAh seronok makAn kek maksu aku buat.. biasa la kek coklat)

lepas raya kat umah atuk, abah aku ajak raya kat umah adik atuk dekat ampang... masa aku nak keluar keta, aku boleh x perasan ade tiang kat tepi tu, ape lagi, crackkkk la bunyi dia...nasib baik x kuat cuma calar sikit jer klu x kena ketuk la keta aku ni (duit lagi). Aku sampai umah dalam kul 8 (itu pun menapak jem kat ulu bendul... aduihhh seksa betul nak gi raya ni)

rAya kEDua..

Yang raya kedua pulak, aku duduk umah jer, sebab ahli keluarga mak aku berkumpul kat umah aku...,tahun ni keluarga buat ringkas jer..., klu x tahun sebelum2 ni nasi ayam la,nasi briyani la, sate la, ape kejadah la.. semua ade..Tapi tahun ni aku bagi tahu kat kakak
aku kita x payah nak masak best2 kita masak mee goreng dengan meehun goreng pun dah cukup.... akhirnya idea aku diterima pakai jugak (hahahaha , jimat duit aku..!)


raya ketiga.

aku keluar berjalan lagi, tapi kali ni 4 umah aku pergi sampai perut x larat nak isi lagi...,aduih mengah den, first aku pergi rumah MB n9 kat rantau, sebab selama ni aku pergi beraya kat umah MB selangor kat shah alam, kali ni aku ubah selera lak pergi umah MB n9 Pulak... Aku ingat dekat, rupenya bapak jauh umah dia... lepas tu ingat x ramai kat rumah terbuka dia, aku dengar tahun ni umah terbuka dia sampai 7000 orang datang.. beliau pun jangka ramai datang umah dia... Pak ngah aku cita, dulu sape pergi umah terbuka dia sipa boleh bawak aiskrim berkotak2 tapi sekarang 1 cup sorang jer... nasik pun, dia amik kan jugak (takut x cukup). lepas tu aku ngan family pegi umah pak ngah kat Pd, umah pak ngah (belah sedara nenek aku) kat senawang , dan destinasi terakhir aku kat umah mak lang kat batu kikir.



Raya keempat.

Biasa la, lepas beraya kat umah sedara, mesti x sah pergi umah member...aku pergi shah alam raya kat umah member 1 sekolah dulu. lepas tu aku singgah lak umah member kat area n9 pulak.

(cita ni pendek sebab x ade aktiviti best yg nak diceritakan dan gambar tidak disediakan..)

dan raya kelima.

raya kelima aku pergi rumah budak praktikal yg selalu bantu aku buat website opis. Dia beriya mengajak aku datang umah dia (semestinya perempuan..huhuh. klu laki, aku pikir dua kali..!!). lepas tu aku pergi lak umah abg arif.(1 opis ngan aku). aku cadang datang umah dia nak amik kunci almari opis sebab ade driver tu nak amik kad minyak (klu x kad minyak, x leh jalan) last2 diajak aku makan.. aku nak cepat sebab sepupu aku si farah suruh aku balik cepat sebab dia dah sampai kat umah aku.. tapi x rugi la aku datang umah dia sebab ade masakan kegemaran aku iaitu begedil. Macam2 tahu jer!!.. pelik jugak aku, sebab begedil ni orang jawa je selalu buat. orang n9 susah nak masak masakan macam tu... tapi ape2 hal, aku siap boleh ratah lagi begedil tu.... sedap jugak.huhuh..

kLu nak diikutkan x abis cita aku ni, tapi takut x cukup la space blog ni pulak..huhuhu. Ok la, tangan aku pun dah letih dan pulak nak abis waktu kerja pulak tu , sampai sini saja la N3 AKU Yg merapu ni dan lagi basi ni pasal aku raya raya raya seminggu lepas... ok gua cau dulu...tunggu 3 minit lagi nak punhcard balik....huhuhu!!

0 Response to "RayA rAYa Raya... (dah Basi Ker CiTer aKU nI??)"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme