SeLAmAT pEnGANtIN bArU



salam semua....Aku disini ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat baik aku
mus atau nama glamour dia "PAK MUSTAR" huhuhuhuhu...jgn marah..!!! Nampak nya member aku sorang meninggalkan dunia bujangnya... Mus, ko dah kahwin ni jgn gatal2 nak cari yg lain kan ade kena bedal ngan penyapu kang..!!!! huhuhu ..

Dan aku x lupekan juga kepada sedara belah mak aku iaitu edy dan pasangannya hidayah yg telah diijabkabulkan pada 20 disember yg lepas (hari ahad). ko pun sama edy, jgn nak berlagak bujang lagi..hahahahah!!!! Ni antara gambar yg sempat aku ambik masa akad nikah dia kat masjid.. 3 kali beb... klu aku, x tahu la berapa akad nikah.. (aku seorang yg gagap.. )huhuh..



Seram wooo ( Bas Tanpa Pemandu)



Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

p/s : huhuhuh.. jgn marah!!

SaNTAu - dENgKI sAMpAI MaTi


"DENGKI SAMPAI MATI" itulah antara ungkapan dalam cerita santau... Salam semua, Aku berpeluang menonton filem Santau yg telah keluar pada 10 disember baru2 ni. Ape reaksi aku pada cerita ni??.Jawapan aku ialah kurang menarik kerana cerita dia tidak sehebat filem "Jangan Pandang Belakang" yg membuatkan penonton tidak senang duduk dari kerusi pawagam dan membuatkan penonton merasa takut hingga terbawa-bawa dari luar.Filem santau tidak ade adengan yg mendebarkan pada penonton. Yang aku peliknya cerita ni cerita seram tapi jadi cerita kelakar la pulak!! Mana x nya watak halim (lakonan Esma daniel) sedang terbangun dari mimpi yg menakutkan, penonton boleh tergelak sebab cara dia termegah-megah macam orang kena kejar dek harimau. Banyak la lagi adengan esma Daniel buat lawak. watak nina (lakonan putri masriana) bagi aku bagus kerana dia menjiwai watak itu sampai dia sanggup makan telur yg ade cacing kalau aku la berlakon, x sanggup aku nak makan benda tu... loya tekak aku..... Keseluruhan cita ni bagi aku ok la daripada cerita mistik yg asyik menjerit jer...sikit2 jerit..sikit2 jerit. tah ape2 tah cerita tu... Bagi sesiapa yg belum tengok cerita tu ,boleh la tengok klu sesiapa nak tengok putri mardiana real makan caci campur telur mata cair... (geli pulak aku nak makan telur mata lepas ni...) ok. aku pun x de ide nak taip n3 lagi.... cau ci cau..!!!!

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Esma Danial, Lis Dawati, Zul Handyblack, Riezman Khuzaimi
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Durasi : 83 min
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2009

Pelakon-pelakon:

Esma Danial : Halim

Lis Dawati: Ana

Zul Handyblack: Man

Riezman Khuzaimi: Usin

Mariani: Nenek Tua

Bob Lokman: Bomoh

Hafidzuddin Fazil: Imam

Hisham Ahmad Tajudin: Bapa Halim


Sinopsis: Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran.

Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.

EdISi LawAK bAnGAng (Harijadi ku yg ke-17)

(sekadar gambar hiasan.. Klu korang terer, cuba teka gambar ni perempuan tulen ke x???)

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

P/S : tu la jadi kalau ibu bapa x amik kisah pasal anak lelaki yang ade sifat perempuan macam orang melayu lelaki yg dipanggil "fatine" kahwin dengan orang putih... Apa la nak jadi ngan manusia sekarang....!!! renung2 kan lah....

AKhiRNya akU PinDah rUmah JuGAK!!

Salam semua..... Lama jugak aku x godek2 blog ni..., Aku baru je selesai mengubahsuai blog aku ni yang cam hampeh ni... Mana x nya, kelam kabut betul blog aku ni dengan winget yg x tersusun dan warna background yg x sesuai membuat kan aku mengambil langkah berani (tukar templates pun x berani nak tukar ker??) menukar templates yg macam hampeh kepada yg lebih ringkas dan macho... hahahaha!!! ape la aku merepek ni...???. Aku hari ni bukan nak cita pasal aku tukar templates baru tapi aku nak cita pasal aku keluar rumah kuartes pegawai yg aku dah duduki hampir 2 tahun ishk...ishk.. (sedih la sangat....!!!).Aku dah x duduk kat rumah tu sebab aku dah ade rumah kat Bt.Kikir. Mcm2 kenangan kat rumah yg bakal aku tinggalkan ni dari cita gembira, sedih dan yg paling best ialah kisah menyeramkan semasa aku duduk kat rumah tu.... mcm2 pengalaman aku dapat kat rumah tu..(Aku kalau cita kat korang pasal hantu ni takut korang x balik la rumah nanti). Berbalik pada rumah tadi, habis semua barang aku kemas (dibantu oleh bapak aku dan anak buah aku) sampAi karpet getah pun aku angkut jugak... banyak jugak barang aku yg di angkut kat dalam lori. mcm barang kecik2 aku dah angkut dulu seperti tv, mini peti ais. baju2 aku dan lain2 lagi. kakak aku pun satu, asal jer tolong aku kemas rumah ade je dia nak mintak barang yg aku x pakai nak diletakkan kat umah diorang seperti tempat ampaian baju, pewangi rumah pun dia nak....!!! adoih!! pening aku... aku pun jenis yg x berkira bagi jer terus... tapi klu nak barang2 mahal mcm peti ais ker, tv ker aku bagi pinjam jer tapi klu nak kena paham2 la (bayar la!!!!).

Ini adalah beberapa keping gambar yg sempat aku ambil semasam kemas rumah (aksi kat lori aku x dapat tangkap sebab aku terpaksa kerja lak... xkan nak monteng kot??)



powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme