KuRSUs iNduKsi DaN aNasiR2 lUaR bLOg Aku

Aku ngan shahrul sebelum sesi ceramah bermula.


Fuhhh.... lama aku x update blog ni, dah 5 hari aku x update blog sebab aku menghadiri kursus penting dan wajib untuk semua kakitangan dan pegawai yg berkhidmat dengan kerajaan. selama 4 hari 3 malam aku berkhusus,..... boring gila!!!! mendengar ceramah yg disampaikan oleh penceramah2 tentang ceramah yg berkaitan tentang kerajaaan...( x semua penceramah boring.., ade jugak yg kelakar gila sampai nak keluar tahi idung aku...). Klu ikut kan hati, malas aku nak pergi..., tapi klu x pergi, lambat la aku conform dlm kerajaan....huhuh....Macam2 ceramah aku dengar, terutama sekali tentang rasuah...kecut perut aku dengar, terima hadiah pun x boleh apetah lagi suruh belanja makan, lagi x boleh.......ish..ish... bahaya betul..Tapi pengalaman kursus ni membuatkan aku lebih beramanah dan cekap untuk menjalankan tugas sebagai kakitangan awam yg telah dilantik oleh kerajaan...huhuhuh....

Saja je tangkap....huhuh.

member 1 bilik ngan aku.. macho la tu!!!

Tapi tiba2 lak aku jadi bengang sebab selama 4 hari aku berkhusus ni, ade pulak anasir2 luar yg tidak sepatutnya kat blog, memekak kat blog aku..... Sapa lagi klu x bukan bandut@ pengecut iatu"KOP4EVER" yg sekali lagi menyibuk kat blog aku ni.... Mamat ni aku tengok memang betul x puas hati betul ngan aku.... padahal, aku x de lak menyibuk ke,mengutuk ke kat blog dia.. tapi dia bersungguh2 menyibuk drinya kat blog aku

Cari gambar anasir2 luar, gambar ni yg keluar..... aku Rasa "KOP4EVER" tu macam ni la muka dia kot...??? hahahaha

dia boleh gelarkan aku budak hingusan dan bangsat...??? nampak sangat la dia ni betul2 x puas hati ngan aku... Bila tengok dia bagi ayat kat aku ni, nampak sangat dia ni x matang dan kebudak-budakan.... pasal bola pun nak kecoh..., orang macam ni pun ade kat dunia jugak ker??? x paham betul aku.... dah la pengecut, penakut, kurang ajar, x hormat orang pulak tu..... ish..ish.. kesian aku tengok "KOP4EVER" ni. aku klu orang mcm ni, aku x layan... buat penat jer bergaduh!!! mcm budak2.... jer.Tu la dia orang melayu, suka sangat menjatuhkan bangsa dia sendiri.... bangsa lain bertepuk tangan kat luar sebab orang melayu bergaduh pasal benda yg tidak berfaedah tentang menaikkan bangsa dia.........Dah la, malas aku naip taip panjang2 n3 ni..... klu aku cita pasal benda ni, besok subuh pun tentu x abis.....!!!

AkU maLU teNGoK aHLi pOLItiK Di PeRAk..


"MEMALUKAN" itulah aku dapat gambarkan semasa adun perak bersidang......!!! walaupun aku bukan rakyat perak, tetapi aku malu kerana macam ni kah ahli politik yg telah memegang amanah rakyat berkelakuan sedemikian????. Perangai mereka x ubah seperti budak2 sekolah telah diketahui oleh umum dan orang luar.... Kenapalah mereka ni tidak menggunakan akal fikiran mereka yg bijak pandai tu....!!!.Bagi aku sidang dun perak ni dah macam pasar ikan pulak... menjerit, mengutuk dan bermacam2 lagi...!!!. Bagi aku kedua2 sama je...Tetapi mendukacitakan aku, pakatan rakyat ni seolah2 nak menunjukkan dia masih berkuasa lagi padahal kerajaan yg baru dilantik oleh sultan iaitu bn berkuasa di perak... Sepatutnya mereka menggunakan akal fikiran mereka yg cerdik tu untuk membuat keputusan.. ni x, merusuh kat sidang dun tu buat ape??? x hormat ker kat Raja muda Perak ?????.

Dah jadi pasar ikan dah aku tengok... memalukan betul

Yg lagi aku x pahamnya, bekas speaker perak tu buat ape la sibuk2 nak datang.. bukan nya dipecat ke??? klu dipecat, maksudnya dah xde kuasa lagi nak jadi speaker...... selama ni, x pernah aku tengok sidang dun kecoh mcm ni.... memalukan jer..... Yg lagi aku x paham.,,, Kenapa la ahli2 parlimen sibuk2 nak masuk adun??? padahal polis dah bagi tahu kat semua, sesiapa yg tidak berkenaan jgn menghampiri kawasan Dun Perak dalam lingkungan 500meter tu pun ade jugak yg nak cuba masuk.... pelik betul aku... yg sibuk2 nak masuk tu buat aper???? pergi la bersidang kat parlimen, yg datang tu buat ape....!!!.Kalau macam ni la mereka yg telah dilantik menjadi adun yg mempunyai perangai macam tu... ,lebih baik jgn pilih lagi... memalukan betul.....






BagI pENGutuK bLOg Aku TErUTaMa sEKali PasAL "aRsenaL" sILA tEngOK n3 AKU.


aKU tahu, ada diantara blogger yg tidak berpuasati klu aku letak n3 pasal arsenal kat blog aku ni.... terutama sekali klu aku buat n3 pasal arsenal menang... ramai betul melenting...!!! yg aku x pahamnya, ade "MAMAT" ni akan bagi komen x puas hati kat blog aku..... Aku cukup menyampah klu orang bagi komen kutuk2 beria2 benar pasal arsenal. Aku x kisah nak kutuk, tapi beragak la, klu arsenal menang dia nak kutuk dan klu kalah lagi la dia kutuk.... Ni blog aku, pedulik ape aku klu aku nak puji arsenal menang ke kalah.... klu kalah pulak, beria-ria benar nak suruh aku letak n3 pasal arsenal kalah.... HAaaaaa.. aku dah letak n3 pasal arsenal kalah...,puashati ko yg berselindung atas nama "kop4ever"... Ko jgn nak heboh kat blog orang la... ko buat kat blog ko sendiri... ko kan ade blog, ko kutuk arsenal kat blog ko... aku xkisah pun... ni blog aku pulak yg ko beria2 nak sibuk buat ape???? .Yang penting, arsenal telah mencuba sebaik mungkin. go arsenal go...!!!!



ayat2 yg dikeluarkan oleh insan yg berselindung nama kop4ever...

kop4ever: apa alasan ko nak bagi?? x de arhsavin ke?
6 May 09, 04:49
kop4ever: kalah 3-1, itu pun gol saguhati.. apa ceirta sekarang> ko tunggu la tahun depan ye...
6 May 09, 04:47
kop4ever: hahaha. arsengal kalah... ko x nak buat entry ke? ahahha

ps: Aku bukan emo, tapi nak luah rasa marah kat dalam hati ni... bagi kop4ever, aku x kisah ko kutuk ke ape.., tapi beragak2 la.. klu ko x puas hati sangat kat arsenal ko buat entry kat blog ko.... x sapa yg nak marah ko... sekian wsalam..!!!!

SirI sEraM kAt BukiT puTUs..


Kat kawasan ni la dikatakan terjumpe perempuan tu.

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…

PrOgrAm TeknOLOgi UPdATE.


Sebelum aku memulakan cita, aku nak ucapkan sekali lagi selamat hari pekerja kepada semua pekerja di seluruh planet yg penat bekerja siang dan malam.....ape yg aku merepek da....!!! Dan tidak membuang masa aku yg banyak kerja ni, minggu lepas aku ade ikuti kursus anjuran Unit Pengurusan Teknologi Maklumat N.Sembilan iaitu Program Tehnology Update untuk kakitangan yg berkhidmat dengan Pejabat Setiausaha N.S.Aku mestilah kena datang, sebab aku orang teknikal IT dIwajibkan hadir ke Program Ni... aKu hari tu terlewat sikit masuk program ni sebab aku jauh dari seremban dan aku ingat mesti ramai pegawai datang, last2 aku masuk tengok kehadiran program ni langsung mendukacitakan sebab ramai pegawai x datang sampai Timbalan Setiausaha S.u.k marah sebab kehadiran yg tidak menggalakkan.Aku pun pelik, kenapa lah majlis ilmu macam ni orang x nak datang??? padahal teknologi it sekarang semakin memerlukan dan perlu ada ilmu pengetahuan tentang it..... ape laaaa diorang ni, klu komputer rosak ke, server problem ker senang jer panggil orang it betulkan.... klu aku lah, pandai2 korang lah nak repair sendiri.....bak kata nabil "LU PIKIR LA SENDIRI".

Tengok lah,... kOSOng.!!!


NI lagi Kosong..!!

PS: Aku sempat berjumpa dengan Pn.viruspadu yg tengah sarat mengandung dan menunggu utk meletup..heheheheeh..jgn marah ye puan.... (Pn.Viruspadu salah seorang Urusetia Program Tehnology Update)




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme