SelAMat KemBali BeruPdate...


Salam kepada semua member2 blogger ku.... Setelah sekian lama aku menyepikan diri daripada dunia blogger ni, aku telah mendapat ilham untuk berkarya semula setelah aku sering menyibukkan diri dengan kerja2 di opis. Selain itu juga, aku ingin menggunakan blog ni sebagai flatform untuk aku menenangkan fikiran aku yg kusut dengan pelbagai masalah peribadi dengan berkarya di dalam blog aku ni..... terima kasih kepada member2 yg telah memberi aku semangat untuk berkarya semula di dalam dunia blogger ..... thanks my friends......!

happy bzday my cousin farah...

Aku nak ucapkan happy bzday kat farah yg telah menyambut hari lahirnya yg ke-26 tahun (tua ko dah farah..hahaha) semoga panjang umur dan murah rezeki dan mintak ko kahwin dulu dengan jejaka pilihan kau...(suruh dia kahwin dulu baru la tun aku..)..



SeLamaT mELAhiRkAN pOsTiNg aKU yG PeRtaMa


Yah.....!!!!! Aku kembali berposting setelah lama x berposting kat dalam blog ni...!! lAma tol aku x update mana taknya, sibuk mengorat anak dara orang jer (yer ker??? aku sendiri pun x percaya aku ngaco anak dara orang!!) hahahhaha... 2 bulan aku x update. ramai komplen kat aku kenapa dah lama x update. Aku bukanya x nak update cuma x de masa buat masa ni. Sibuk uruskan e-tanah yg nak masuk x lama lagi... X do maso la.., nak update waktu malam x larat sebab aku balik dah pukul berapa, main badminton lepas waktu kerja.... tu yg sampai blog ni dah berhabuk sebab x update... Aku harap lepas dah settle pasal e-tanah ni, boleh la aku update blog ni seperti biasa..... dah la, aku sambung lain kali entry ni... Cita panjang pun bukanya aku idea nak taip pun... ok aku bla dulu....!!!

gErENtI koRaNg X TidUr mALaM pUNyA!!!


sAlam para blogger.... adakah korang penakut???. Klu korang penakut, jgn la korang tengok cita ni...sebab aku nak promote 1 filem baru yg bertajuk "Paranormal Activity". Bagi sapa yg x pernah dengar pasal filem ni mai aku nak cerita ni kat korang... Filem ni klu sapa yg dah tengok cerita ni gerenti seminggu x boleh tidur punya sebab start nya filem ni sampai habis korang asyik menjerit dan x boleh duduk diam kat tempat duduk sebab ade jer benda yg keluar... sampai aku x berani nak tutup lampu bilik lepas aku tengok filem ni... seram betul... korang pernah x tengok cerita "Blair with project"??? filem dia lebih korang macam cerita paranormal activity cuma paranormal activity ni dia amik kat umah yg dikatakan berhantu. Mcm filem blair with project dia amik kat hutan dan cerita dia mengenai pasal sumpahan ahli sihir di maryland. Filem ni aku dengar bajet dia kecik je sebab pelakon dia orang yg sebenar dan cuma ada satu camera sahaja dia gunakan itu pun dia nak buktikan bahawa rumah itu benar2 berhantu. x salah aku bajet dia dalam duit malaysia RM54k. Walaupun bajet dia kecik tapi filem dia box office tu .... sampai aku dengar 8juta dolar.... gila la.... ni aku sediakan website untuk korang nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni.... www.paranormalactivity-movie.com/index.html

LaMaNyA x bEruPdaTE..????



Salam semua para blogger yg tengah sibuk berupdate blog.... Lama sunggguh aku x menyinggah blog kesayangaN aku ni... mana x nya, posting yg aku dah buat 2 minngu lepas...!!! Lama betullll.... Mana x nya, awal tahun ni terlampau banyak pulak kerja nak disiapkan sampai masa nak baca berita kat internet pun x boleh... nak kena siapkan website opis la, e-tanah la, backup tu backup ni, pening kepala aku...sabar je lah nak buat macam mana kita yg mengikut perintah terpaksa la buat kerja. Time aku free, malas pulak aku nak update sebab x de mood + x ade ide tu yg bertambah malas nak update.... Ok la.., aku pun x boleh lama kat sini sebab aku kat cyber cafe ni menunggu filem nak di tayangkan . awek aku pulak sekarang ni tengah sibuk gi shopping m(paham2 la orang perempuan tu yg malas aku nak teman kan dia). ok gua cau dulu.... adios.!!!

LawAK mErEpEk OrANg AsLi..


(Sekadar Gambar Hiasan)

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


HANDPHONE


Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ... "Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?". Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".


KONDOM


Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya." Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."


PETAI


Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?". Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".


CUTI


Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?. Jawab manager

: "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?". Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..


Balik awal


Seorang bapa bertanya kepada anaknya kenapa anaknya tu balik awal dari sekolah. Anaknya menjawab bahawa dia telah menjawab soalan cikgu dengan cepat dan betul sebab itulah dia disuruh balik awal. Bila ditanya apa soalan cikgu tu, dia menjawab : "Siapa yang baling kasut kat kepala saya ?".


Ikut Cakap


Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.

Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.


hassan : cerita ape?

ahmad : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?

hassan : yela...

ahmad pun memulakan ceritanya...

ahmad : satu hari aku pergi memburu.

hassan : memburu.

ahmad : aku masuk kedalam hutan.

hassan : hutan.

ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.

hassan : berak.

ahmad : aku berlari ke semak.

hassan :semak.

ahmad : aku pun berak.

hassan : berak.

ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.

hassan : lagi.

ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

hassan : dulu.

ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.

hassan : ada.

ahmad : aku pun tertanya2.

hassan : tanya.

ahmad : siapa makan tahi aku?

hassan : aku....

SeLAmAT pEnGANtIN bArU



salam semua....Aku disini ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat baik aku
mus atau nama glamour dia "PAK MUSTAR" huhuhuhuhu...jgn marah..!!! Nampak nya member aku sorang meninggalkan dunia bujangnya... Mus, ko dah kahwin ni jgn gatal2 nak cari yg lain kan ade kena bedal ngan penyapu kang..!!!! huhuhu ..

Dan aku x lupekan juga kepada sedara belah mak aku iaitu edy dan pasangannya hidayah yg telah diijabkabulkan pada 20 disember yg lepas (hari ahad). ko pun sama edy, jgn nak berlagak bujang lagi..hahahahah!!!! Ni antara gambar yg sempat aku ambik masa akad nikah dia kat masjid.. 3 kali beb... klu aku, x tahu la berapa akad nikah.. (aku seorang yg gagap.. )huhuh..



Seram wooo ( Bas Tanpa Pemandu)



Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

p/s : huhuhuh.. jgn marah!!

SaNTAu - dENgKI sAMpAI MaTi


"DENGKI SAMPAI MATI" itulah antara ungkapan dalam cerita santau... Salam semua, Aku berpeluang menonton filem Santau yg telah keluar pada 10 disember baru2 ni. Ape reaksi aku pada cerita ni??.Jawapan aku ialah kurang menarik kerana cerita dia tidak sehebat filem "Jangan Pandang Belakang" yg membuatkan penonton tidak senang duduk dari kerusi pawagam dan membuatkan penonton merasa takut hingga terbawa-bawa dari luar.Filem santau tidak ade adengan yg mendebarkan pada penonton. Yang aku peliknya cerita ni cerita seram tapi jadi cerita kelakar la pulak!! Mana x nya watak halim (lakonan Esma daniel) sedang terbangun dari mimpi yg menakutkan, penonton boleh tergelak sebab cara dia termegah-megah macam orang kena kejar dek harimau. Banyak la lagi adengan esma Daniel buat lawak. watak nina (lakonan putri masriana) bagi aku bagus kerana dia menjiwai watak itu sampai dia sanggup makan telur yg ade cacing kalau aku la berlakon, x sanggup aku nak makan benda tu... loya tekak aku..... Keseluruhan cita ni bagi aku ok la daripada cerita mistik yg asyik menjerit jer...sikit2 jerit..sikit2 jerit. tah ape2 tah cerita tu... Bagi sesiapa yg belum tengok cerita tu ,boleh la tengok klu sesiapa nak tengok putri mardiana real makan caci campur telur mata cair... (geli pulak aku nak makan telur mata lepas ni...) ok. aku pun x de ide nak taip n3 lagi.... cau ci cau..!!!!

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Esma Danial, Lis Dawati, Zul Handyblack, Riezman Khuzaimi
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Durasi : 83 min
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2009

Pelakon-pelakon:

Esma Danial : Halim

Lis Dawati: Ana

Zul Handyblack: Man

Riezman Khuzaimi: Usin

Mariani: Nenek Tua

Bob Lokman: Bomoh

Hafidzuddin Fazil: Imam

Hisham Ahmad Tajudin: Bapa Halim


Sinopsis: Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran.

Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.

EdISi LawAK bAnGAng (Harijadi ku yg ke-17)

(sekadar gambar hiasan.. Klu korang terer, cuba teka gambar ni perempuan tulen ke x???)

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

P/S : tu la jadi kalau ibu bapa x amik kisah pasal anak lelaki yang ade sifat perempuan macam orang melayu lelaki yg dipanggil "fatine" kahwin dengan orang putih... Apa la nak jadi ngan manusia sekarang....!!! renung2 kan lah....

AKhiRNya akU PinDah rUmah JuGAK!!

Salam semua..... Lama jugak aku x godek2 blog ni..., Aku baru je selesai mengubahsuai blog aku ni yang cam hampeh ni... Mana x nya, kelam kabut betul blog aku ni dengan winget yg x tersusun dan warna background yg x sesuai membuat kan aku mengambil langkah berani (tukar templates pun x berani nak tukar ker??) menukar templates yg macam hampeh kepada yg lebih ringkas dan macho... hahahaha!!! ape la aku merepek ni...???. Aku hari ni bukan nak cita pasal aku tukar templates baru tapi aku nak cita pasal aku keluar rumah kuartes pegawai yg aku dah duduki hampir 2 tahun ishk...ishk.. (sedih la sangat....!!!).Aku dah x duduk kat rumah tu sebab aku dah ade rumah kat Bt.Kikir. Mcm2 kenangan kat rumah yg bakal aku tinggalkan ni dari cita gembira, sedih dan yg paling best ialah kisah menyeramkan semasa aku duduk kat rumah tu.... mcm2 pengalaman aku dapat kat rumah tu..(Aku kalau cita kat korang pasal hantu ni takut korang x balik la rumah nanti). Berbalik pada rumah tadi, habis semua barang aku kemas (dibantu oleh bapak aku dan anak buah aku) sampAi karpet getah pun aku angkut jugak... banyak jugak barang aku yg di angkut kat dalam lori. mcm barang kecik2 aku dah angkut dulu seperti tv, mini peti ais. baju2 aku dan lain2 lagi. kakak aku pun satu, asal jer tolong aku kemas rumah ade je dia nak mintak barang yg aku x pakai nak diletakkan kat umah diorang seperti tempat ampaian baju, pewangi rumah pun dia nak....!!! adoih!! pening aku... aku pun jenis yg x berkira bagi jer terus... tapi klu nak barang2 mahal mcm peti ais ker, tv ker aku bagi pinjam jer tapi klu nak kena paham2 la (bayar la!!!!).

Ini adalah beberapa keping gambar yg sempat aku ambil semasam kemas rumah (aksi kat lori aku x dapat tangkap sebab aku terpaksa kerja lak... xkan nak monteng kot??)



kENaPa LAH BtN pUn NAk DIjADiKAn iSu???

Salam sEmua.... kali ni aku nak luahkan sedikit kekecewaan aku pasal kErajaan pakatan Rakyat mempolitikkan isu "BTN" dan mengharamkan semua kakitangan kerajaan negeri dan Ipt milik kerajaan negeri daripada menyertai BTN. Aku pun x paham kenapa kerajaan pakatan rakyat mengharamkan btn padahal BTN ni adalah kursus yang menyemaikan sikap patriotik pada diri kita dan semangat kemerdekaan. Aku salah seorang peserta kursus BTN x nampak pun isu politik disitu??? ( klik disini pengalaman aku semasa di BTN) Walaupun aku mengakui ada isu sensitif di utarakan seperti isu ketidakpuasan diantara kaum, tap dengan cara itu juga kita dapat memperbaiki perhubungan dan mencari punca permasalahan keretakan diantara kaum. Aku x nampak BTN ni lebih mempromosikan dan menyokong BN.Aku rasa patut mereka yg cuba membuat isu pasal BTN sila la pergi menyertai kursus BTN dan cuba rasai pengalaman berkursus disana.. kita akan dapat memahami apa itu kemerdekaan dan menghargai negara yg tercinta ini.



MB : Program Alternatif Ganti BTN (petikan dari tv selangor)


Kerajaan Selangor akan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara yang diharamkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Bercakap kepada wartawan di majlis sambutan ulangtahun Malaysiakini malam semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usul ini dicadangkan oleh kesemua negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.

Sehubungan itu, Tan Sri Khalid mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.

"Ini idea paling baik daripada Selangor ,kerana program BTN sebelum ini tidak menunjukkan pelajar supaya berfikiran terbuka sebaliknya pelatih mengajar perkara yang tidak sepatutnya diajar kepada pelajar,"jelasnya.

Langkah melindungi minda anak bumi Selangor dari dakyah perkauman sempit bagaimanapun mengundang reaksi keras dari kerajaan Pusat. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ajaran BTN adalah selari dengan konsep 1 Malaysia.

Tan Sri Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menolak dakyah yang mengajak pengikut kepada membenci manusia lain.

p/s: Aku nak tengok berjaya ke x???



SeLamAT hAri RayA AidILAdHa Dari KamiKAZe



Disini aku ingin mengucapkan kepada reader2 aku yg beragama islam "selamat hari raya aidiladha"... semoga kita dapat keberkatan daripada allah s.w.t...

Makna "takbir" dan "korban Aidil Adha" (petikan diambil dari ustaz Zainudin Hashim)

Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya.

Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya.

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :

1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.

2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.

3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.

4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.

5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.

6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.

7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.

8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada’ dan qadar Allah.

9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.

10- Takut kepada azab api neraka.

11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.

12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.

13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.

14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.

15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.

16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.

Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.

Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.

Takwa juga menurut sebahagian ulama’ ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

p/s :renung2 kan lah ....

pAsanG sKIrT KeTA kEbAL (LMTS) AKu..

Salam semua.... rAsanya dah lama aku x jenguk blog ni!!! mana x nya, semenjak-menjak ni aku makin malas nak update blog berikutan kesibukan ngan kerja dan benda lain sampai aku lupe lak password blog ni.... apa la aku ni..!!!. nak kata cita x de, mustahil.!! sebab banyak aktiviti yg aku buat tapi x letak kat dalam blog ni... bukannya aper, aku x e idea nak taip panjang2 tentang cita sepanjang aktiviti yg aku buat ni... kan takut x ape2 tah aku merepek.., aku ni bab merepek memang pandai... huhuhuhuhuhuhu!!.Memandangkan aku dah lama x update blog ni, aku nak cita kat korang yg aku baru pasang skirting belakang kat keta kebal aku tu... Aku semenjak 2 menjak ni aku makin berminat nak hias keta... tah la aku dulu x lah berminat sangat pasal nak hias keta ni dan bagi aku klu x hias keta pun keta boleh jalan ape..!!! tapi sekarang ni aku makin jadi gila ngan keta dan telah menjadi hobi masa lapang aku pulak..huhuhuhuhhu!!! (kopak la aku mcm ni!!!).Aku pasang skirting tu kat kedai bodykit dengan harga rm120 (x tahu la kot korang beli murah dari aku).Walaupun gaji aku tinggal sikit dan boleh tahap makan pasir, aku tetap jugak nak pasang.. (apa nak buat... dah x boleh tahan dah..geram gila!!).sIla lihat gambar dibawah sebelu dan selepas di spray pada skirting... (aku spray sendiri sebab paham2 la klu suruh kedai spray skirting tu jer mau dia mintak rm150...!! x cukup bajet huhuhuh..)


Aku Nak kEta Aku jAdi MacAM nI.. sMART gILaz!!!


tEkA-TeKI-TeKUk (adA uNsuR 18 sG)



Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu












ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

p/s: hahahahaha!!!!! Ape LA kejaDah punYa tEka -tEki...

bENGkel PenGurusAN pERUBAhAN E-TanAH.(sKEMa BetuL N3 tajUK ni??)

Haahahahaha... salam semua. berjumpe kita lagi..!! Hari ni betul2 aku update sampai 2 n3 sekali aku update... memandangkan aku hari ni terlampau rajin nak update blog.., semalam aku telah selesai menghandiri bengkel pengurusan perubahan e -Tanah yg telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dAN alAM SEkiTAR (NRE) dan Pihak vendor e-tanah iaitu iLUnch sdn Bhd.. yg bertempat di Hotel Concorde Shah ALam. Kira Aku duduk sana dalam 2 hari 1 malam. (x sempat nak rileks).


Aku lepas jer abis balik dari melaka (ADe program kecemerlangan pelajar dan aku sebagai urusetia) terus jer ke shah alam walaupun badan aku rasa senggal2 sikit. Klu ikutkan hati aku, aku nak jer gerak pagi besok tapi klu gerak pagi gerenti aku terlelap punya... mau aku terbabas masuk gaung punya...... Hari ahad tu aku lepak kat seksyen 7 (umah kakak aku). Besoknya pulak, sempat aku jumpe member lama2 aku kat S.U.K selangor (dekat ngan hotel concorde). biasa la, bila lama x jumpe member ape lagi..., aku pau la diorang belanja kuih.... hahahahahah.. sampai aku x sedar aku kena daftar kul 11.30 (nasib baik aku perasan klu x... ???) . Sampai jer aku kat concorde, ade pulak masalah iaitu nak mencari parking kat concorde tu. Aku malas nak masuk parking kat concorde sebab senang aku nak keluar nanti.. 2 -3 kali aku tawaf hotel, x jugak jumpe parking... last2 sekali terpaksa la aku parking kat basment hotel....


Kul 11.30 tu aku ade taklimat sampai kul 1.00pm. Aku check in hotel, aku duduk kat tingkat 7 lepas tu menghadap pulak kat depan masjid... lawa pulak aku tengok (jarang dapat berjalan kat shah alam semenjak aku kerja kat gemas) aBIs aktiviti malam tu dalam kul 10.00 mlm. aku bukak jer tingkap bilik tu aku tengok kawasan sekitar kawasan shah alam cantik betul walaupun hari2 aku lalu, aku x pandang keindahan malam kawasan shah alam... Ni aku baru la aku tahu bila malam kat shah alam lawa betul dengan masjid sultan salahudin cantik pada waktui maLAm.


(harap maaf, gambar x lawa sebab waktu tu hujan)

Bila aku terpandang S.U.k selangor kat atas bukit tu, aku teringat masa aku kerja kat sana... kat 2 tahun aku sana sebagai tehnician komputer kat ict selangor. Walaupun aku kerja kat sana x lama , tapi macam2 pengalaman aku dapat kat sana... mana x nya, kira nak katakan semua pejabat la aku pergi termasuk la berjumpe ngan Mb selangor, exco selangor termasuk la sultan, siap masuk lagi istana dia kat seksyen 7. tapi yg best dapat kerja kat dalam dewan undangan negeri selangor (tempat diorang bahas mcm dalam parlimen) x semua orang boleh masuk dalam dewan undangan tu... klu kita orang masuk x payah pakai card sebab kita orang petugas tetap untuk peralatan dan network ict kat dalam dewan tu....

(ni klu saper yang nak pergi s.u.k selangor)

Masa hari terakhir bengkel pengurusan perubahan e -tanah, kumpulan aku telah menjadi pemenang keseluruhan.. ni adalah aksi mereka dan mengelokai ( tibai) hamper yg telah dimenangi untuk dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan (aku terus x idea sebab ade jer orang menganggu aku ...hampeh..!!) lihat aksi mereka dibawah :

kumpulan kristal..






p/s: kepada member satu kumpulan aku (kumpulan kristal) aku lupe nak mintak korang nombor telefon korang la... nanti korang emailkan ker kamikaze501@gmail.com. jgn lupe...!!!... ak gua cau dulu..!! adios..

jAlan bUKIt PuTUS yG Baru.... (CaNTik SioT!!!)

SALam semua reader..... aku dah lama x update blog ni...!!! lama jugak rasanya, macam blog aku ni mcm x berpenghuni lagi... ni aku just nak letak gambar jalan bukit putus yg baru.. bagi saper yg x pernah lalu jalan ni atau tidak berkesempatan, sila la tengok gambar di bawah ni... aku sediakan khas untuk korang... lepas ni sape yg nak pergi Ulu bendul, x sampai 5 minit dah sampai apabila melalui jalan baru ni... klu x, ikut jlan lama bukit putus lebih2 lagi klu ade lori..., mau nak dekat setengah jam sampai... penat nak nunggu... tapi jln ni ditutup sementara dan akan dibuka balik pada 7/11/2009 ni untuk perasmian... adios.!!!








SEmpEna mAJlis KhATam Al-QurAN eLizA


Alhamdulilah.... sELesai sudah majlis yg dirancang berbulan2 lamanya untuk menunaikan hajat anak buah aku (Nur Ria Eliza) untuk khatam al-quran. mAjlis khatam quran ni dibuat di rumah aku je.... Memandangkan aku tengah sibuk sekarang ni, aku x dapat nak taip n3 panjang2 cuma aku boleh sajikan dengan korang gambar2 semasa majlis ni berlangsung.....!! maaf yer sebab aku x dapat nak citakan lebih lanjut pasal majlis ni... (sibuk banget!!! ) adios...


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme